Pages

Subscribe:

Labels

Friday 30 March 2012

Ruang Kosong Dalam Hati...

Gagahkan diri menaip sesuatu untuk seorang sahabat..kerana sahabat itu saling menguatkan.



Satu pesan Saidina Umar al-Khattab yang Abah selalu titipkan padaku dulu, setiap kali kami bicara soal hati dan perasaan anaknya ini: Jangan kerana kecintaan kita pada sesuatu membuatkan kita jadi lupa, dan kebencian kita terhadap sesuatu membuatkan kita menjadi hancur.

Allah punya banyak cara untuk menunjukkan kita kepada sesuatu yang benar dan tersembunyi. Maka lihatlah dengan mata hati dan pandangan imanmu. Bukan semua orang bertuah sepertimu, diberi Allah peluang dan kesempatan memilih yang terbaik untuk mengisi salah satu ruang dalam hatimu.

Percayalah..seorang anak yang baik, kakak yang baik dan sahabat yang baik sepertimu akan menjadi suri yang baik dalam hidup seseorang yang dijanjikan Allah terbaik juga untukmu. Perhaps Allah is looking at you right now and saying: I am saving this person for someone special. Cantik kerja Tuhan, my friend..

Berharap pada manusia, kadang-kadang kita kecewa. Mintalah pada Allah..

    Doa kekuatan kita...

Thursday 29 March 2012

When The Going Gets Tough...

A metastatic or secondary brain tumor is one that begins as cancer in another part of the body. Some of the cancer cells may be carried to the brain by the blood or lymphatic fluid. A brain tumor in the occipital lobe of the brain causes total or partial blindness, misunderstanding of visual information, comprehension problems with written words and seizures (usually lasts about 30 seconds to two minutes).

Other metastatic brain tumor symptoms include:
  • Decreased coordination, clumsiness, falls
  • Rapid emotional changes or strange behaviours
  • Fever
  • General ill feeling or lethargy
  • Severe headache
  • Memory loss, poor judgment, difficulty solving problems
  • Numbness, tingling, pain and other changes in sensation
  • Personality changes
  • Speech difficulties
  • Vision changes - double vision, decreased vision
  • Vomiting - with or without nausea
  • Weakness of a body area
SEIZURES:
Between 25-40% of people diagnosed with a brain tumor have a seizure at some time during their illness.
HOW TO HELP SOMEONE DURING A SEIZURE:


MOST IMPORTANTLY: MAKE SURE THE PERSON CAN BREATH.
Loosen clothing from around the neck. Move pillows, blankets or any other items away from the nose and mouth. If the person is having trouble breathing, immediately call for emergency help. Most of the time a person having a seizure requires no assistance other than caring observation.

DO NOT PANIC.
Your role is to protect the person having the seizure. Do not try to stop the seizure.

CLEAR THE AREA FROM SHARP OBJECTS.
Remove their glasses. If the person is breathing well, take a moment to move other potentially dangerous items. If possible, help the person lie on their side to keep the airway open.

PROTECT THE PERSON'S HEAD FROM BEING BUMPED.
But do not restrain their arms or legs during a seizure.

DO NOT PUT ANYTHING IN THE PERSON'S MOUTH.
Including your fingers. Anything placed in the mouth will block the airway and cause breathing problems. The jaw may clench, and your fingers could be bitten.

THE NEXT FEW MINUTES WILL SEEM LIKE AN ETERNITY. TRY TO RELAX. 
After the seizure ends, allow time for the person to rest and recover. Tell them who you are, where they are and what happened. Help them find a place to rest until they feel like themselves again.

CALL FOR EMERGENCY HELP IF:
  • The person stops breathing
  • The seizure lasts more than five minutes
  • The person is injured during the seizure
  • The person is pregnant or has diabetes
  • The seizure occurs in water
  • The person has no history of seizures and no medical ID
  • A second seizure immediately follows
Sources:
  1. www.eHow.com
  2. www.braintumor.org
  3. ABTA Seizure First Aid wall cling
Some things are hard to explain. Sometimes the most important things are the hardest to say..especially to those who are close to us.

Saturday 24 March 2012

Kadang-Kadang Tertusuk Duri..

 
Sesuatu tu dianggap melucukan bila berlaku ke atas orang lain. Tapi bila terkena pada diri sendiri, ia tak lagi menjadi sesuatu yang melucukan, sebaliknya memalukan. Lebih-lebih lagi bila kekurangan kita terlalu kerap dijadikan bahan gurauan..

Sedaya upaya cuba menutup rasa malu dan rendah diri itu dengan ikut sama ketawa. Walaupun sedar sebenarnya sedang mentertawakan kelemahan diri sendiri. Tapi, tak berbaloi rasanya nak berkecil hati dengan perkara-perkara kecil dan remeh begitu, kan? Jangan menutup seribu kebaikan orang pada kita hanya kerana satu kekhilafan kecil mereka. Maka lama-lama, alah bisa tegal biasa..

Kadang-kadang juga duri-duri kecil menusuk hati bila orang lain cuba melakukan yang terbaik untuk kita, dengan bertindak selangkah ke hadapan daripada kita. Tanpa pengetahuan kita. Mungkin bosan menunggu kita membuat keputusan terhadap sesuatu perkara. Mungkin juga sudah bosan, balik-balik mendengar cerita dan alasan yang sama.

Faham mereka hanya mahukan yang terbaik. Bukan marah pada mereka kerana tahu tindakan mereka itu betul. Tapi marah dan malu pada diri kerana tak mampu tangani masalah sendiri. Harus berterima kasih sebenarnya kepada mereka kerana tidak terus-terusan membiarkan aku mengikut kata hati.

Maka setiap kebaikan mereka itu aku syukuri. Dan aku harap setiap kekurangan aku ini pula mereka redhai. Sesungguhnya kerana merekalah setiap hari aku rasa bahagia..

Thursday 15 March 2012

Ini Yang Termampu..

Radioterapi tak seteruk rawatan chemo. Tapi tetap terasa letihnya. Kulit pada kawasan yang kena radiasi tu dah mula macam sunburn. Atas nasihat doktor, tak boleh menghadap skrin laptop lama-lama. Maka, hanya ini yang termampu. Perlu lebih banyak menulis daripada menaip. Mudah-mudahan Allah ringankan sedikit kesukaran ini..amin.

"Doa adalah lagu hati kita.."

Friday 9 March 2012

Cuti-Cuti Sekolah


Cuti sekolah datang lagi..

Cuti yang sangat dinantikan oleh budak-budak. Cuti yang sangat diperlukan oleh cikgu-cikgu. Cuti untuk recharge tenaga dan refresh akal. Mudah-mudahan lepas cuti ni kembali bertenaga dan bersemangat untuk mencari ilmu yang bermanfaat dan mencari rezeki yang halal dan berkat.

Semua orang akan sibuk dengan agenda masing-masing. Ada tempat yang perlu dituju, ada tamu yang bakal bertandang, dan ada hal yang harus dibereskan. Semoga semuanya dimudahkan Allah dan berakhir dengan kebahagiaan. InsyaAllah..

Semalam dah buat simulation untuk Intensity-Modulated Radiation Therapy (IMRT) yang akan aku jalani masa cuti ni. Buat marker location untuk kawasan yang akan disasarkan dengan dos radiasi. Takut juga bila baring atas treatment table tu. Mudah-mudahan Allah permudahkan semuanya.


IMRT machine

Tapi sebelum tu, ada janji yang perlu ditunaikan. Maka, mudah-mudahan juga Allah akan memberi aku kekuatan dan kesihatan untuk menunaikan janji itu. Selamat bercuti buat semua yang diberi cuti. Gunakanlah masa lapang yang Allah berikan kepada kita ini untuk sesuatu yang bermanfaat. Supaya kita tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi.

Aku rindu cuti yang aku habiskan di sawah bendang, di tanah tinggi, di setiap pantai dan sungai, juga di atas pokok yang banyak kenangan bersama mereka yang aku kasihi. Terima kasih banyak-banyak...

Jumpa lagi..

Thursday 8 March 2012

Hampir Ke Situ..


A Good Doctor Becomes Your Trusted Friend:

16 bulan lepas, aku dijanjikan pelan rawatan yang dijangka dapat menghalang sel-sel kanser daripada merebak terlalu cepat. Berkesan untuk 8 bulan pertama. Lepas tu, semua gabungan ubat yang dicuba tak menjadi seperti yang diharapkan. And today I've been told that my body has started failing. Rupanya dalam 3 bulan kebelakangan ini, sel-sel kanser tu semakin agresif. Mula menyerang organ lain dan dalam diam memusnahkan sistem pertahanan badan aku.

Hati dah tak mampu menerima ubat kemo berdos tinggi. Tambahan ubat bermakna proses kerosakan hati akan semakin cepat berlaku. Tak ambil ubat bermakna kanser yang dah merebak ke bahagian lain itu akan semakin tidak dapat dikawal. Buntu. But my doctor always has a solution. Well, at least an alternative when the current treatment failed. Maka sekali lagi aku meletakkan kepercayaan pada kepakaran dan pengalamannya. Semoga ikhtiar terakhir ini, sekali pun dah tak mampu menyembuhkan, biarlah sekurang-kurangnya dapat membantu aku untuk bertahan beberapa ketika lagi. Bukan berangan untuk hidup lama. Memadai kalau aku diberi masa yang cukup untuk menyelesaikan beberapa perkara lagi.

Seperti Hilangnya Karat Daripada Besi:

Sakit itu ujian. Sakit itu penghapus dosa. Dah lama aku menerima hakikat itu untuk menenangkan hati. Moga-moga sakit berpanjangan ini akan menghapuskan seberapa banyak dosa yang ada pada diriku. Seperti hilangnya karat daripada besi. Aku dah tak mampu sebenarnya menahan kesakitan ini. Terpaksa lebih banyak berpura-pura kuat di depan orang. Perasaan pun makin cepat tersentuh. Airmata makin tak dapat ditahan. Kalau dibiarkan, bakal menjejaskan hubungan aku dengan insan-insan yang aku sayang.

Minggu ni aku banyak menghabiskan masa dengan anak-anak murid kelas aku. Rasa sayang yang semakin menebal. Keakraban yang sangat mendamaikan. Anak-anak yang manja, tapi mendengar kata. Cantik Allah mengaturkan perjalanan hidup aku. DijadikanNya aku seorang guru. Supaya dapat menampung kekurangan yang ada padaku bila terputusnya semua amalan waktu ditanya oleh Munkar dan Nakir nanti. Sedekah jariah-tak mampu aku beri sebanyak orang lain. Ilmu yang bermanfaat-insyaAllah, selama ini aku cuba sampaikan sejak aku mula mengajar. Doa anak yang soleh-juga tak mampu aku perolehi, sekalipun itu yang paling diingini. Maka aku harap akan adalah anak-anak aku di sekolah itu yang akan sudi mendoakan aku bila aku mati.

Berjalanlah Tanpa Henti:

Life must go on. Tengahari tadi, Nad, Kak Lin dan Kak Maliana banyak beri nasihat berguna dan kata-kata semangat. InsyaAllah, cadangan mereka tu akan aku pertimbangkan. Walaupun sakit ni cuma aku yang rasa, tapi aku tahu aku tak sendiri. Sangat ramai orang yang prihatin dan sentiasa cuba untuk memahami keadaan aku. Membuatkan aku tak pernah rasa berseorangan dalam melalui ujian ini. Aku bukan siapa-siapa, banyak yang kurang pada diri aku. Tapi aku selalu rasa bertuah dikurniakan Allah keluarga, sahabat, dan insan-insan mulia lain yang sentiasa membuatkan aku rasa bersyukur dapat mengenali dan dapat hidup dalam lingkungan kasih sayang kalian.

Kalau aku tak mampu hidup cukup lama untuk membalas semua kebaikan orang pada aku, aku harap masa yang Allah berikan ini cukup untuk aku mendoakan segala kebaikan untuk setiap mereka, untuk setiap hari. Doa yang lebih panjang aku pohonkan untuk kalian berbanding untuk diri aku sendiri. Semoga kalian sentiasa dalam rahmat Allah. Kalau sakit, pohon Allah sembuhkan. Kalau duka, pohon Allah gembirakan. Kalau sepi, pohon Allah bahagiakan. Dan kalau susah, pohon Allah senangkan.

Aku tak mampu bercerita kepada semua orang tentang keadaan aku sekarang. Berilah aku masa untuk berterus-terang. Kalau aku seakan menjauh, bukan kerana ada perkara yang tidak menyenangkan berlaku antara kita. Tapi kerana aku tak dapat memandang wajah-wajah bahagia itu di hadapan bayang kematian aku sendiri. Cuba untuk melepaskan wajah-wajah itu perlahan-lahan.

Tapi perjalanan hidup tetap diteruskan. Kalau pun berhenti seketika, sekadar untuk melepaskan lelah sebelum bertemu rehat yang panjang. Cerita aku cuma sebuah cerita kecil dalam dunia yang besar ini. Cerita orang biasa yang sentiasa percaya akan cantiknya kerja Allah dan setiap perkara yang diaturkan olehNya dalam hidup aku. Cerita yang makin lama akan dilupakan. Terlalu kecil untuk menjadi sejarah, tapi cukup berharga untuk menjadi kenangan.

Thanks, Nad..   

Thursday 1 March 2012

Hidup..Seperti Yang Dijangka


Hari ini, sekali lagi aku mengalah dengan keadaan diri. Konon tak mahu ke hospital lagi untuk jangka waktu terdekat ini. Pergi juga. Doktor periksa dari hujung kepala ke hujung kaki, sangat terperinci dan berhati-hati. Cuba menafikan perubahan yang berlaku pada diri sendiri, tapi laporan awal petang tadi mengesahkan segala-galanya. Harap-harap laporan penuh Sabtu ni tak akan buat aku terduduk lagi. Menangis tu mungkin, tapi janganlah sampai merentap sisa-sisa semangat yang ada pada aku sekarang.

Things are getting worse. I know. But I also need a break. Bukan mudah untuk meneruskan hidup bila doktor dah meletakkan dateline, berapa lama kita boleh bertahan. Betul, mereka bukan Tuhan. Tapi mereka meramal berdasarkan ilmu dan pengalaman. Percayalah, orang yang paling kuat dalam dunia ni pun sedikit sebanyak akan terkesan dengan kenyataan pahit begini. Jangan fikir sangat. Jangan fikir bukan-bukan. Itu yang selalu diingatkan kepada aku. Tak nak fikir pun, ada waktu-waktunya teringat juga kerana hakikat tu dah bersarang dalam kepala dan bertapak dalam hati. Maka maafkan aku kalau hakikat tu banyak mengubah sikap dan pendirian aku akhir-akhir ini. Selalu merasakan setiap apa yang aku buat dan setiap masa yang dimanfaatkan bersama keluarga dan sahabat adalah untuk yang terakhir kali. Takut untuk merancang hidup terlalu jauh..

Menolak clinical trials bukan bermakna aku menolak segala ikhtiar. Aku nak terus hidup. Tak mahu mati sia-sia. Tapi berilah ruang untuk aku atur semula perjalanan hidup yang berbaki ini. Kita cuba satu-satu. InsyaAllah, mudah-mudahan sempat bertemu penawarnya. Buat seorang sahabat yang masih marah dengan sikap dan tindakan aku akhir-akhir ini, yang pada matanya nampak seperti aku dah berhenti berharap, maafkanlah aku. Diamlah selama mana yang kau mahu. Jauhkanlah diri kalau kau rasa itu perlu. Kalaulah kau dapat lihat apa yang aku terpaksa lalui hari-hari, dapat rasa kesakitan dan kepayahan yang terpaksa aku tahan, mungkin kau boleh faham kenapa aku tak mampu untuk jadi sekuat dulu.


Hidup ini, seperti yang dijangka, tak semudah yang kita harapkan. Apa yang kita rancang mungkin tak sama dengan yang Tuhan sediakan. Semua orang nak cari bahagia. Ada waktu-waktunya akan datang juga derita. Apa yang aku dah tak mampu lakukan dan nak capai sekarang, aku dah lepaskan dengan rela untuk sementara waktu. Tapi aku akan sentiasa mendoakan sahabat-sahabat aku dapat mengejar dan mencapai apa yang mereka rancangkan. Untuk mencari ilmu setinggi yang boleh, untuk melihat dunia sejauh yang mampu, dan untuk bahagia di sisi mereka yang mampu membahagiakan. Satu-satunya perancangan aku sekarang ialah untuk bertahan selama mungkin. Kalau itu aku mampu lakukan, barulah boleh cari bahagia yang lain..dengan mereka yang aku sayang dan dengan perkara yang aku suka.

Live life to the fullest. Harapan sentiasa ada. Nasihat yang kerap aku terima daripada seorang sahabat. Manfaatkan hidup sebaik-baiknya. InsyaAllah aku akan cuba. Payah, tapi tak mustahil. Maafkan aku kerana terlalu banyak bergantung kepada kalian, insan-insan mulia yang Allah hadirkan dalam hidup aku. Daripada sekecil-kecil pertolongan hinggalah sebesar-besar bantuan. Malu kerana setiap hari menyusahkan. Sampai nak berjalan pun terpaksa berpaut pada lengan kalian. Terima kasih semuanya. Untuk orang biasa macam aku, dapat bersahabat dengan insan sebaik itu, adalah satu nikmat dari Tuhan yang sangat-sangat aku syukuri. Sarang-hae yo..lillahi ta'ala.

Sahabat yang sempurna di mataku..