Hampir sebulan blog ini terpaksa aku tinggalkan. Dengan demam dan kesakitan yang sedikit berbaki, malam ini aku gagahkan juga menulis sesuatu. Kerana malam ini akan bermula kembali catatan kenangan bersama sahabat yang sangat aku rindui itu.
Malam ini, mudah-mudahan dipermudahkan Allah, sahabat yang jauh itu akan melalui perjalanan yang jauh dan panjang untuk kembali seketika ke Malaysia..bertemu keluarga yang paling dirinduinya. Semoga sahabat itu selamat dan sihat sepanjang perjalanannya sehingga tiba di tanahair esok. Hati ini melonjak ingin bertemu dan menjemputmu. Tapi aku harus akur pada kudrat sendiri.
Sejak aku tahu sahabat itu akan pulang seketika untuk bercuti minggu ini, aku sentiasa berdoa dan bermohon agar Allah memanjangkan umurku untuk dapat bertemu sahabat itu. Sentiasa meminta kepada Allah agar kami dipertemukan, walaupun untuk seketika, ketika aku dalam keadaan masih mampu untuk menyambutnya, sepertimana aku mengiringinya pergi dahulu. Berdiri dengan kudrat sendiri. Memeluknya seerat mungkin.
Rindu yang tersorok dalam hati selama tiga bulan ini aku pohonkan pada Allah semoga ia berakhir dalam pelukan erat sahabat itu esok. Semoga Allah memberi aku kesempatan untuk menatap wajah itu kembali di alam nyata. Bukan lagi wajah di dalam Skype yang kadang-kadang kabur, dengan suaranya yang ada waktu-waktunya antara aku dengar dengan tidak. Juga semoga dapat aku lupakan seketika sakit ini saat bertemunya nanti.
Buat sahabat itu, aku berharap akan ada sedikit waktu yang dapat kau peruntukkan buat sahabatmu ini. Aku sangat memahami dan mengerti cutimu itu sangat pendek. Pastinya akan padat terisi bersama semua ahli keluarga sahabat-sahabat yang ingin bertemumu. Seperti yang selalu aku katakan padamu, I can always be on your last list. So don't worry. Dahulukanlah mereka semua. Dan kalau waktu yang berbaki nanti hanya cukup untuk waktu rehatmu, maka berehatlah sepenuhnya. Andai ada rezeki kita untuk bercerita, alhamdulillah. Kalau tidak pun, tak mengapa. Kerana kau harus terima, adakalanya apa yang kita rancang akan jadi cerita lain juga bila tiba masanya kan..
Pasti banyak cerita yang akan kau kongsi dengan semua. Cerita yang pastinya akan membuat semua gembira, tersenyum dan ketawa. Ceritakanlah kepada mereka kerana perkara-perkara yang sering kau ceritakan padaku itu ibarat pain killer buat sahabatmu ini. Maka pasti semua itu juga akan mewarnai hidup mereka nanti seperti kau mewarnai hari-hari aku.
Jangan risau, sahabat. Aku hanya ingin mendengar dan melihat kau bercerita. Tiada kisah duka daripadaku yang akan mengganggu ceritamu nanti. Semoga kita dipertemukan nanti, insyaAllah.
Welcome home, sahabat..
Sarang hae ketat-ketat..
Salam Saya Aza ada menjual teh daun belalai gajah dimana daun ini boleh mengubati pelbagai jenis kanser. Selain dari itu teh mother wort merawat haid tidak menentu, menopouse, merawat wanita selepas bersalin , merawat strok dan sebgainya. Teh horny goat weed memberi kesan yang menyerupai testosteron, meningkatkan keinginan terhadap aktiviti seks dengan meningkatkan penghasilan sperma dan merangsang kepekaan sistem saraf. Kalau puan berminat puan boleh email kan pada saya lamila67@gmail.com atau Puan boleh Inbox kan di facebook page saya https://www.facebook.com/indahkshop?ref=hl TQ.
ReplyDelete