Pages

Subscribe:

Labels

Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

Tuesday, 16 October 2012

Melihat Dengan Mata Hati

Pejam mata dan bukalah hati..

Dulu, aku dan Abah suka berada di tempat awam. Sekadar duduk dan memerhati tingkah laku manusia. Kata Abah, bukan untuk mencari kekurangan sesiapa, tapi mengagumi kejadian Tuhan. Hari ini di lobi hospital, melihat telatah dan karenah manusia di sekeliling aku mengingatkan kembali rutin yang biasa aku jalani dengan Abah dulu.

Melihat betapa wang ringgit tidak dapat membeli kesihatan dan nyawa seorang manusia. Melihat betapa orang sakit juga punya harga diri supaya tidak terus dipandang dengan pandangan penuh simpati. Kita selalu dengar orang bermain kata, "Put yourself in their shoes." Cuba letakkan diri kita di tempat mereka. Aku kira kalau boleh ditambah sikit pepatah itu.."Put yourself in their shoes..and walk a mile in those shoes." Sekadar meletakkan diri tapi tidak cuba merasai dan memahami sebenarnya tidak membawa apa-apa erti.

Antara simpati dan empati..
Antara kasih dan kasihan..
Ada banyak bezanya..

Banyak yang kita boleh pelajari di tengah ramai itu. Apatah lagi bila kita berada di tempat yang baru. Sesuatu yang asing lama-lama akan menjadi kebiasaan pada kita. Yang baik kita jadikan panduan. Yang tak elok kita buat renungan. Teringat bait lagu M. Nasir (Mentera Beradu):

Ijazah terbaik datangnya dari jalanan
Dari pengalaman, bercakap dan bersalaman..

Lagu zaman sekolah..

Sunday, 8 April 2012

Di Bawah Lindungan Kaabah

Sekian lama tak menonton tv, terpaku juga semalam kerana cerita ini, gara-gara Astro BoxOffice. Diangkat daripada karya hebat Allahyarham Hamka, tokoh agama yang dikagumi oleh lelaki yang paling aku kasihi..Abah. Bercerita tentang cinta kepada Allah dan manusia dengan cara yang sangat lembut dan halus. Semuanya dalam cerita ini sedap untuk mata memandang dan telinga mendengar. Sinematografi yang cantik, berlatar belakang Padang pada tahun 1920an. Juga dialog-dialog indah yang penuh tertib dan bermakna. Cuma sentuhan Melly Goeslaw je tak sehebat magisnya untuk Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih. Mujur ada Opick.

"Ingatlah, ketika kau tidak punya siapa-siapa selain Allah, Allah itu lebih dari cukup".

"Untuk melewati badai, kita harus terus berjalan..bukan berhenti. Dan untuk terus berjalan, hanya ada dua hal yang harus terus kita bawa..KEYAKINAN dan CINTA". 

"Jangan berharap lebih. Makin tinggi harapan, makin sakit jatuhnya".

"Sampai kapan pun, emas tak akan setara dengan loyang, dan sutera tak sebangsa dengan benang".

Opick - Tafakur

Thursday, 15 March 2012

Ini Yang Termampu..

Radioterapi tak seteruk rawatan chemo. Tapi tetap terasa letihnya. Kulit pada kawasan yang kena radiasi tu dah mula macam sunburn. Atas nasihat doktor, tak boleh menghadap skrin laptop lama-lama. Maka, hanya ini yang termampu. Perlu lebih banyak menulis daripada menaip. Mudah-mudahan Allah ringankan sedikit kesukaran ini..amin.

"Doa adalah lagu hati kita.."

Saturday, 28 January 2012

Hafalan Shalat Delisa

"Bacaan solat yang sempurna. Lulus!"

Dah tengok filem ni? Ada kat Astro First sekarang. Thanks to a friend who suggested me to watch this movie. Jujurnya, aku lebih suka Laskar Pelangi. Tapi ini pun berbaloi untuk ditonton. Kisah anak kecil yang berdepan trauma kehilangan ahli keluarganya. Tentang kasih sayang Ummi dan Abinya. Serta bagaimana sebuah bencana menyatukan hati-hati yang bersisa seperti sebuah keluarga. Semuanya tentang keikhlasan. Adakah kita ikhlas menerima ujian daripada Allah? Adakah kita ikhlas merelakan kehilangan insan-insan yang kita kasihi? Adakah kita ikhlas beribadah selama ini?

Seperti jawapan Ustaz Rahman terhadap pertanyaan Delisa, kenapa begitu susah untuknya menghafal bacaan dalam solat:

"Orang yang susah melakukan sesuatu itu kerana hatinya tidak ikhlas. Melakukannya bukan kerana Allah. Tapi kerana hadiah, hadiah, hadiah".

Itu yang terjadi kepada Delisa apabila pada akhirnya ditemukan erti keikhlasan itu. Apabila dia sedar akhirnya dia tidak mahukan kalung itu, tapi hanya mahu solat dengan baik. Supaya dapat berdoa untuk Ummi dan kakak-kakaknya, Tiur sahabatnya, serta insan-insan lain yang telah mendahuluinya. Juga akhirnya dia ikhlas melepaskan ibunya dan menerima hakikat yang bawa Umminya pergi itu bukan pantai, tapi cubaan daripada Allah.

"Walaupun tak ada, kita mesti tetap berusaha. Jangan menyerah".

Pengajaran berguna untuk aku. Yang ada waktu-waktunya kerap mengeluh dan hampir mengalah. Selalu  minta dikurangkan ujianNya ke atas aku. Sedangkan seharusnya aku minta pada Allah supaya ditambahkan iman untuk berdepan ujian itu. Lupa bahawa Allah tidak pernah menzalimi hambaNya. Sesungguhnya keikhlasan itu urusan kita dengan Allah. Hanya Dia yang tahu..

Semoga Allah mengampuni dosa-dosa Mama dan Abahku, serta memelihara keduanya ketika hidup dan sesudah mati. Mampukah kita menyayangi mereka seperti mereka menyayangi kita sejak kecil? Sama banyakkah doa kita terhadap orang tua kita, seperti mana mereka mendoakan kita? Semoga masih ada waktu untuk aku membahagiakan Mama dan mendoakan Abah..amin. Dan aku berharap doa Mama sentiasa mengalir di setiap nafasku..
 

Lagu Ibu - Rafly (OST filem ini)

Wednesday, 24 August 2011

Seandainya Rasulullah Bersama Kita..


What About You?

Klip di atas adalah suntingan daripada rancangan tv Arab yang ditayang kat saluran Al-Hijrah (Astro 114), tajuknya Lau Kana Bainana (Andainya Rasulullah Masih Bersama Kita). Sangat-sangat dianjurkan untuk korang tengok rancangan ni. Sebabnya, lepas mula-mula tertengok rancangan ni (kebetulan teralih channel..cantik kerja Tuhan kan), aku sedar aku sangat jauh dari jalan hidup yang dianjurkan Nabi junjungan kita s.a.w.

Pastu apa lagi, cari kat Youtube la episod-episod yang aku terlepas. So, aku cuma ingin berkongsi dengan kawan-kawan yang belum tengok rancangan ni. Don't worry, santai je rancangan ni. Bila kita dengar jawapan-jawapan daripada orang-orang yang ditemuramah di jalanan tu, kita mungkin senyum sinis atau rasa nak ketawa. Tapi kalau soalan-soalan tu yang ditanya pada aku, mungkin aku pun akan beri jawapan yang sama, menunjukkan betapa jahilnya aku, hamba Allah yang sangat kerdil ni.


Satu lagi yang best ialah lagu temanya yang menjentik hati. Aku share kat bawah ni dengan translation, supaya sama-sama kita dapat hayati. Mudah-mudahan Allah merahmati orang yang upload 'barang baik' ni untuk kebaikan bersama..amin.

Full version lagu tema Lau Kana Bainana

Kalau aku ditanyakan soalan yang sama, tentang apa yang akan aku katakan seandainya Rasulullah ada di hadapan aku sekarang ni, aku hanya ingin menatap wajahnya lama-lama..dan aku takkan meminta lebih daripada tu, sebab mungkin juga masa tu aku dah pun kehilangan kata-kata..

P/S: Makin nak habis puasa, makin kerap pula sakit ni datang. Ya Allah, permudahkanlah..

Thursday, 28 July 2011

Satu Sen...



Susah nak jumpa duit satu sen sekarang. Orang pun dah tak guna sebab dah dilupuskan. Adakah kita makin selesa dengan rounding adjustment system ni? Rasionalnya, untung pada peniaga, senang nak dibawa pada pengguna. Win-win situation? Tapi, kalau tak silap baru-baru ni, kerajaan tengah menimbang untuk perkenalkan semula penggunaan syiling satu sen ni, supaya pengguna bayar harga sebenar dan mengelakkan peniaga ambil kesempatan. Back to square one pulak ke? Apa-apa jelah..that's not my point.

Yang aku nak sentuh, cuma secara metaforanya. Setiap kita ini umpama duit satu sen. Bawalah ke mana-mana, apa pun tak dapat dibeli. Tapi kalau satu sen tu adalah syiling yang ke-100, ia dapat mengubah 99 sen yang yang lain menjadi RM1 (Cikgu Matematik merangkap kawan aku, betul tak kira-kira aku ni?)..

Sesungguhnya kita punya pilihan untuk sendirian menjadi satu sen sekeping, atau menjadi pelengkap dan memberi nilai kepada satu sen yang lain. Alangkah bagusnya kalau kita menjadi syiling yang ke-100 tu. Cantik kerja Tuhan kan..

P/S: Tiba-tiba keluar cerita satu sen ni sebab terjumpa bawah katil masa menyapu tadi. Allah tak jadikan sesuatu perkara tu sia-sia. Sekurang-kurangnya supaya kita berfikir..

Thursday, 14 July 2011

Dugaanku...

Hatiku dipanah mimpi
Jiwaku yang suram
Malam yang panjang ini
Aku bersendirian

Merenung kehidupan
Memikir kesudahan
Pada siapakah hendak kucurah
Keresahanku

Aku berpaut pada
Sejengkal tali cuma
Itulah yang ada
Sementara aku hidup di dunia ini

Inikah dugaanku
Inikah kesempatan
Haruskah ku terus
Atau membiarkan ianya berlalu

Dekat di depan mata
Berat meluah kata
Kupendam segala apa dirasa
Sekian lama ini

Apakah kita nanti 
Tiada dapat serasi
Ataukah hanya aku bermimpi 
Untuk memiliki

Kesempatan yang datang
Tiada ketentuan
Haruskah ku memandang di kejauhan
Tak kesampaian

Sering terbayang-bayang 
Tinggi lagi harapan
Apakah ku sempat ataupun tidak
Untuk bersamamu

Aku Sebutir Pasir

Dengan dada yang terbakar
Dan seluruh tubuh yang menggeletar

Tuhan..
Aku menyimpuh taubat
Atas nama kealpaanku
Cuba menggenggami
Segala milikMu

"Menarik nafas cuma pun
Tak bisa engkau lakukan
Jika bukan restuKu"

Tuhan..
Aku sebutir pasir
Di hujung jariMu

Sunday, 10 July 2011

Cerita Raja Arab Saudi..renung-renungkan

Aku ada satu cerita mengenai almarhum Raja Abdul Aziz Al Saud, pengasas negara Arab Saudi dan menjadi Raja Arab Saudi pada tahun 1932. Baginda lahir pada 1876 dan mangkat pada 1953. Semua Raja Arab Saudi selepasnya adalah anak-anak baginda. Yang memerintah Arab Saudi sekarang ialah Raja Abdullah ibn Abdul Aziz Al Saud. Ceritanya begini:

Semasa baginda baru menjadi Raja, ada usaha untuk mengadakan stesen radio di Arab Saudi. Pada mulanya baginda tak setuju kerana pada anggapan baginda, radio adalah alat syaitan yang boleh merosakkan rakyat Arab Saudi.

Bagaimanapun pada suatu hari, pihak yang mahu mengadakan stesen radio tu telah membawa sebuah peti radio ke istana. Di hadapan baginda lalu dipancarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran melalui radio tersebut. Baginda yang kehairanan lalu bertanya dari mana datangnya suara orang mengaji tu.

Apabila ditunjukkan bahawa suara orang mengaji itu datang dari radio tersebut, baginda terus mengubah fikiran. Sejak tu perkhidmatan radio mula beroperasi di Arab Saudi sebagai alat komunikasi.

So, apa yang aku belajar dari cerita tadi? Betapa penemuan atau ciptaan baru sains kadang-kadang sukar diterima, malah ada yang anggap bidaah dan haram disebabkan kita meraguinya kerana kita tidak memahami kebaikan yang boleh dimanfaatkan daripada penggunaannya.

Radio hanyalah satu hasil kemajuan sains yang membolehkan kita berkomunikasi secara cepat dan meluas, termasuk berdakwah. Memanglah ia juga boleh digunakan untuk lain-lain tujuan yang tak baik. Tengok jelah apa jadi dengan kemajuan internet sekarang kan. Raja Abdul Aziz tu seorang yang warak, mungkin pada mulanya dia menolak radio kerana ragu-ragu. Sebab Islam mengajar kita supaya meninggalkan sesuatu yang diragui.

Tapi rupa-rupanya keraguan tu tak berasas  kerana masa tu baginda belum mempunyai pengetahuan yang lengkap mengenai radio. Keraguan baginda lebih berasaskan sangkaan. Maknanya kita tak bolehlah tergesa-gesa menolak sesuatu penemuan atau ciptaan baru sains. Tengoklah akibat tidak menguasai sains, umat Islam hari ni cuma menjadi masyarakat pengguna. Betul, kan?

P/S: Pendapat Imam al-Ghazali, tidak semua bidaah tu dilarang, kecuali perbuatan tu jelas bertentangan dengan hukum agama.

Orang Yang Bahagia..


Orang yang bahagia itu..

Akan selalu menyediakan waktu untuk membaca
kerana membaca itu sumber hikmah

Menyediakan waktu untuk tertawa
kerana tertawa itu muziknya jiwa

Menyediakan waktu untuk berfikir
kerana berfikir itu pokok kemajuan

Menyediakan waktu untuk beramal
kerana beramal itu pangkal kejayaan
Menyediakan waktu untuk bersenda
kerana bersenda itu akan membuat selalu muda

Dan menyediakan waktu untuk beribadah
kerana ibadah itu adalah ibu segala ketenangan jiwa.

Homework Jokes

Great excuses for not doing your work:
  • " I didn't want to add to all of the work you have already, teacher ".
  • " I lost it while fighting this kid that said you weren't the best teacher in school ".
  • " My pet hamster had babies, and she used it to make a nest ".
  • " All of the electricity in our house suddenly went out, and I had to burn it to make a torch so I could see the fuse box ".
  • " I didn't want to make everyone else  in the class look bad ". 
P/S: My dear pupils.. the dictionary is the only place where SUCCESS comes before WORK. Hard work is the price we must pay for success. 

Sunday, 3 July 2011

A Teacher's Prayer

I want to teach my students
How to live this life on Earth
To face its struggles and its strive 
And improve their worth

Not just the lesson in a book
Or how the rivers flow
But how to choose the proper path
Wherever they may go

To understand the eternal truth 
And know the right from wrong
And gather all the beauty
Of a flower and a song

For it helps the world to grow
In wisdom and grace
Then I shall feel that I have won
And I have filled my place

And so I asked your guidance, God
That I may do my part
For character and confidence
And happiness of art...


Buku Yang Aku Suka Baca


Aku sangat suka baca buku. Books are my silent conversation. Tapi genre buku yang aku paling tak suka ialah novel dan fiksyen. Aku tak pernah baca novel sampai habis, not a single book. I've tried for so many times, but I couldn't find  my passion there. Tunjuklah best-selling novel pun depan mata aku, selera nak membacanya tetap tak ada. Kenapa ntah..tapi aku suka je tengok movies yang diangkat dari novel dan buku-buku fiksyen - LOTR, Harry Potter, A Walk To Remember, Laskar Pelangi, Ketika Cinta Bertasbih, etc.

Buku yang aku suka biasanya tentang biografi, sejarah, politik dunia, isu-isu semasa. Sebab tu ada dua rak buku kat rumah ni, satu khas untuk buku-buku aku, yang adik-adik dan orang lain takkan sentuh dan teruja pun nak baca..boring kata diorang. Rak lagi satu yang paling laku sebab kat situ ada semua koleksi novel yang adik kumpul dan buku-buku 'menarik' yang lain. So, aku nak share antara buku yang aku suka baca dan dah baca berulang kali.

  • The Art of War, Sun Tzu - Abah pengaruh aku untuk baca buku ni. Buku ni tentang taktik dan strategi perang China kuno, yang ditulis oleh seorang jeneral dan strategist masa pemerintahan Kerajaan Wu. Pernah dengar pasal 'Seven Military Classics'? Nak tau, kena baca la buku ni. Menariknya, walaupun ini tentang strategi perang, ramai taikun bisnes terkenal apply strategi ni dalam perniagaan diorang.
  • The Clash of Civilizations, Samuel P. Huntington - Lepas baca buku ni aku semakin faham kenapa Barat sangat takut dengan peradaban Islam dan diorang sentiasa cuba menyekat atau menentang sebarang bentuk kebangkitan yang akan muncul dari peradaban kita ni.     
  • The Prophet, Kahlil Gibran - Abah bagi buku ni masa aku Tingkatan 4. Jatuh cinta dengan buku ni. Kahlil Gibran was a genius. 26 beautiful poetic essays. Nadhirah kata The Broken Wings pun best. Must read!
  • Malaysia Dalam Peralihan (Ceritalah 1) & Menjajat Asia Tenggara (Ceritalah 2), Karim Raslan - bila baca buku ni, rasa macam mengembara sekali dengan beliau. 
  • Mengemudi Bahtera Perubahan Minda & Bicara Buat Pemimpin dan Rakyat, Mohd Asri Zainul Abidin - Bekas Mufti Perlis yang sangat aku hormati dan kagumi. Dulu tak pernah miss baca tulisan dia dalam Mingguan Malaysia. Hujah dia bernas, pemikiran dia segar. Aku tak faham kenapa orang mesti melenting dan tak senang duduk dengan pandangan beliau..kena batang hidung sendiri kot.
  • Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir atau Kurang Zikir?, Pahrol Mohamad Juoi -  penulis dakwah kegemaran aku selepas Dr. Asri. Susah sebenarnya nak 'mengIslamkan' orang Islam. 
  • Days That Changed the World, Hywel Williams - cerita secara detail tentang setiap peristiwa yang menjadikan dunia kita sebegini rupa hari ni. Salah satunya bagaimana peristiwa kewafatan Rasulullah s.a.w mencorakkan peradaban Islam hari ni.
  • The Other Malaysia, Farish A. Noor - antara intelektual terkenal dan kontroversi kat Malaysia. Mengupas sejarah Malaysia dari sudut berbeza. Tentang Sultan Abu Bakar (Johor), Ibrahim Yaakob, Faridah Hanum, tentang politik dan polisi. 
  • What They Didn't Teach You About World War II, Mike Wright - inspiring stories about the heroes, the villains dan orang yang mengaku dirinya hero dalam perang. Aku obses sikit dengan sejarah Perang Dunia ni. Buku dia tentang Civil War dan American Revolution pun best. 
  • As I  Was Passing dan As I Was Passing II, Adibah Amin - buku yang sangat santai. Kisah-kisah menarik dan lucu yang berlaku setiap hari, tentang orang biasa-biasa dan orang-orang yang dekat dengannya. She's rock! 
  • The Malay Dilemma, Mahathir Mohamed - rugi kalau orang Melayu tak baca buku ni. Buku Tun Dr.  Mahathir yang terbaru, A Doctor in the House pun best. I have to admit, kerana beliaulah orang tahu mana letaknya negara kita dalam peta dunia.
I have a long-list of my all-time favourites, like Tuesdays With Morrie, The Last Lecture, Mein Kampf.. tapi cukup dulu la ni.. Betul la adik-adik cakap kot, kebanyakan buku-buku aku ni alien pun fikir dua kali nak baca. Cakaplah apa pun, ada aku kisah? Hehe..asalkan aku bahagia membacanya, peduli la nak cakap apa.. pun.

Thursday, 30 June 2011

Take Five...

Pendek catatan malam ni. Nak siapkan kerja, kena tidur awal dan cukup rehat malam ni untuk treatment esok. Prediction for tomorrow: If the medication isn't working as well as it should, I will have to go for another round of genetic testing and a mutational analysis. Two possibilities: Best case scenario is to continue with my current medications and think positive until my next test. Worst case scenario is I must switch meds and start being typed for BMT or SCT. Mudah-mudahan semuanya ok esok, insyaAllah.


Monday, 6 June 2011

Monday Blues

Buat kawan-kawan yang seharian kerja dalam pejabat, tambah-tambah pulak hari ni Isnin, rasa lambat je masa tu berlalu kan.. Ni ada satu kerja tak berfaedah yang boleh dicuba masa break, tapi risiko tanggung sendiri la ye. Modal tak banyak, duit kertas sekeping je. Jom cuba!


Paku di Dinding Hatimu..

Ini kisah seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tak dapat mengawal kemarahannya walaupun kerana satu masalah yang kecil je. Suatu hari, Abah dia hadiahkan pemuda tu dengan seguni paku.
"Nak buat apa dengan paku-paku ni, Abah?" tanya pemuda tu.
"Setiap kali kau marah, kau pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ni bagi melepaskan kemarahanmu," jawab Abahnya.

Pada hari pertama je, pemuda tu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya daripada memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya, tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun pergilah memberitahu Abahnya tentang perkara tu dengan perasaan gembira. Abahnya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut semula paku-paku tu satu persatu, pada setiap hari yang dia dapat lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, akhirnya pemuda tu berjaya mencabut kesemua paku tersebut. Dia pun lantas memberitahu Abahnya dengan bangganya. Abahnya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata:

"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku. Tapi lihatlah kesan lubang-lubang di dinding batu ini. Tembok ni tidak kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu, atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tapi ingatlah, walau berapa kali pun kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu, lukanya masih tetap ada. Luka di hati lebih pedih daripada luka yang nampak di mata". 

Aku terima cerita ni melalui e-mail dua tahun yang lepas. Mengesankan, dan aku ingat sampai hari ni. Speak when you are angry, and you'll make the best speech you'll ever regret. Buat kawan-kawan, maafkan aku sekiranya aku ada meninggalkan kesan-kesan berlubang di dinding hati kalian..