Pages

Subscribe:

Labels

Saturday, 29 October 2011

Sebab Kita Kawan...


Prinsip berkawan aku sejak dulu dan tak pernah berubah: Bila kita mengaku kawan, bererti kita mengaku bersaudara. Dan kerana itu jugalah, pagi tadi aku ke Hospital Temerloh. Dengan Zimah. Menemani Zila, yang perlukan sokongan dan kekuatan di saat neneknya (Wan) terlantar koma dan kritikal. Sejak semalam aku risau memikirkan kawan aku yang seorang ni. Membayangkan perasaannya, bila insan yang membelanya sejak kecil terlantar lesu di situ. Masa ayah Fa'izah sakit dulu di hospital yang sama, aku masih dalam rawatan. Aku tak nak sakit ni sekali lagi dijadikan alasan untuk mengabaikan kesedihan seorang lagi kawan.

Aku tahu aku mengambil risiko yang sangat besar, pergi ke sana dalam keadaan aku yang begini. Tapi, apa sangatlah kesakitan yang perlu ditanggung, jika dibandingkan betapa besar maknanya apabila kita dapat berada di sisi sahabat kita dalam waktu-waktu sukar begitu. Syukurlah Allah mudahkan niat baik kami. Bukan tak sayang diri sendiri, tapi aku lebih sayangkan saudaraku.

I hope I'll be ok. Today, I'm on a regular dose of a strong pain reliever, a muscle relaxer, and medications that help my nerves heal and my pain go away. Sorry, doc..sekali ni sahaja. Mudah-mudahan bangun esok, makin kuranglah kesakitan ni. Mudah-mudahan juga, Allah menguatkan hati dan semangat Zila serta keluarganya dalam menghadapi ketentuan Allah ini. I've been there, in that situation. So I know how hurt it feels. Apa pun, kita kena ikhlaskan hati untuk redha dengan takdir Tuhan.

Sometimes we don't have to say or do anything. Just being there..menghulurkan bahu untuk kawan kita melepaskan lelah dan menadahkan telinga untuk kita mendengar segala keluh-kesah. Kenapa? Sebab kita kawan..dan itu yang selalu seorang kawan akan lakukan.

Friday, 28 October 2011

Perjuangan Yang Belum Selesai

Subuh yang damai. I'm writing in pain. Hari-hari menyakitkan di hospital berakhir semalam, akhirnya malam tadi dapat tidur di katil sendiri..home sweet home.
 
Alhamdulillah, I have completed my last chemo. Finally the last day has arrived. I am very happy. Thanks to the doctors and nurses. They have done an amazing job for the past several months. Begitu sabar dengan patient degil dan banyak soalan macam aku ni. But I still have to go through the side effects of this last infusion, then it will take a couple months to recover my strength to a more reasonable level. Harap-harap deria rasa dan selera makan juga kembali pulih.

Cuma satu lagi masalah, hati masih bengkak. Still having the symptoms. Doktor bimbang makin menekan jantung dan paru-paru. They detected early signs of liver failure and they had to adjust my oral medications that could cause further damage to the liver. Doctor's advice:
  • Avoid fast food, preservatives and prepackaged food. 
  • Avoid soda. Stick with water, juice and milk.
  • Try to prevent getting any other illness now that may weaken my body and cause me to take additional medicine.
Semalam dipenuhi dengan macam-macam test untuk wrap-up hasil rawatan. I had my post-chemo CT Scan, MRI, blood count and the toughest part - bone marrow aspiration and biopsy (BMA). This was a very important procedure as it tells how well I'm responding to treatment. Any amount of leukemic cells found after the first round of chemo is really bad. And any amount found after the second round is worse. It would lead to no other option other than a bone marrow transplant (BMT), which is super tough on the body. Results will be ready next week. Maka benarlah kata orang, penantian suatu penyiksaan..

Bone Marrow Aspiration & Biopsy (BMA):
(Seperti yang dijelaskan dan dibuat ke atas aku)

Bahasa mudahnya, ambil sampel sumsum tulang. Dua prosedur berbeza yang dijalankan pada waktu yang sama. Bone marrow aspiration ambil sumsum tulang dalam bentuk cecair, sementara bone marrow biopsy ambil sedikit tisu lembut pada sumsum tulang tu.

Walaupun tempat nak cucuk tu dibius dulu, tetap juga rasa sakitnya sebab dalam tulang mana boleh bius kan.. Mula-mula doktor buat aspiration dulu. Rasa sakitnya masa dia sedut sumsum tulang guna syringe, tapi sakit tu hilang lepas jarum besar tu ditarik keluar. Biopsy pulak guna jarum yang lagi besar. Rasa sakitnya masa jarum masuk ke tulang dan masa ditarik keluar. Tebuk kat kawasan yang sama juga. Jarum tu diputar-putar macam tengah gerudi sampai sampel tisu dapat ditarik. Ngilu rasa bila diingat semula..

BMA kit - peralatan yang diguna untuk prosedur ni

Penjagaan lepas prosedur ni taklah susah sangat. Cuma pastikan tempat dressing tu bersih dan kering. Kalau berdarah sikit kena tukar bandage. Dan rasa tak selesalah untuk beberapa hari ni, terutamanya masa membongkok. Jangan angkat benda-benda berat, dan jangan lasak sangat. Jumpa doktor kalau ada demam, tanda-tanda jangkitan dan kesakitan yang melampau atau pendarahan yang tak terkawal. 

Di sini aku cuba recall prosedur tu step by step. Semoga keluarga dan sahabat-sahabatku tak perlu melalui pengalaman serupa dan sentiasa diberi kesihatan yang baik. Amin..

1. Mula-mula, doktor suntik lidocaine untuk kebaskan kawasan tu (dekat tulang punggung).


 2. Masukkan jarum pertama untuk aspiration. Tarik keluar obturator (kepala jarum) perlahan-lahan. Rasa sakit masa ni.


3. Lepas tu doktor masukkan 10ml syringe kat hub tu dan sedut perlahan-lahan sumsum tulang tu.Doktor ambil 4 tiub. Dah siap, tarik keluar jarum tu. Sakit juga masa ni.


4. Terus letak kat microscope slides untuk diuji.


5. Seterusnya untuk biopsy pulak. Tebuk jarum yang besar sikit dari yang pertama tu kat tempat yang sama. Doktor tebuk ke dalam tulang, putar-putar macam nak ketatkan skru, sekurang-kurangnya 2cm dalam.


6. Kemudian doktor putar lagi jarum tu beberapa kali untuk tarik keluar sampel tisu. Sakit lagi masa ni.


7. Dah dapat tarik, pindah terus ke microscope slide dan tarik keluar jarum tu. Huhu..pun sakit.


8. Akhir sekali, letak bandage. Kena terlentang dalam 30 minit supaya darah kat tempat kena tebuk tu boleh membeku.

Perasaan aku sekarang? Takut menunggu report minggu depan. I hope to hear good news from them. But I've also prepared for the worst. Setiap hari berdoa agar aku tak perlu melalui prosedur dan rawatan yang menyakitkan tu lagi. Walaupun peluang nak sembuh sepenuhnya cuma 50-50, aku yakin tiada yang mustahil selagi kita tak berputus asa. Sekurang-kurangnya aku dah mencuba. "Dan apabila aku sakit, Dialah yang Menyembuhkan".


InsyaAllah, apa pun keputusannya minggu depan, aku terima dengan redha dan syukur. Sedih perkara biasa. Don't expect me to give a big smile over the bad news. Mama masih di Singapura. Masa telefon dia semalam, aku minta didoakan supaya selamat urusan dunia dan akhirat. Walaupun tak mampu berterus-terang lagi sekarang, sekurang-kurangnya doa seorang ibu akan sentiasa bersamaku.

Dulu aku selalu fikir, tak mengapalah kalau aku mati, Mama masih ada 3 orang anak lagi. Tapi akhir-akhir ni aku sangat berharap agar aku diberi lebih masa dengan Mama. Berharap diberi lebih kesempatan dan peluang untuk menyelesaikan urusan keluarga aku dan 'masa depan kita' (fate will either bring us together or bring something better). Juga berharap segala apa yang tercatat dalam blog ni dapat aku kongsi dengan mereka suatu hari nanti, bukannya sekadar menjadi legacy dan kenangan untuk mereka baca selepas aku mati.

Perjuangan ini belum selesai. Aku tahu aku bukan manusia yang sangat baik hingga perlu dimudahkan perjalanan hidupku. Tapi Allah Maha Adil, dan aku juga tahu aku bukannya manusia yang jahat hingga perlu disempitkan laluan hidupku. Allah tak akan uji kita dengan sesuatu yang kita tak mampu, kan..

"Setiap kesulitan itu ada penghujungnya.."

Things to do today:
  1. Get up.
  2. Survive.
  3. Go back to bed.

Monday, 24 October 2011

Jalan-jalan Cari Kenangan (2)


Buat Ros, Zila dan Fa'izah:

Terima kasih untuk masa yang diluangkan, cuti yang dikorbankan dan apa sahaja yang ditinggalkan untuk kita berada di TTDI dan Morib. Thanks for the memories. Perhaps it's just another vacation for you guys. But for me, it could be the last. Aku 'orang sungai', bukan 'orang pantai' (lebih suka sungai daripada pantai). Tapi yang penting bukan di mana kita berada, tapi dengan siapa kita bersama kan.. Sarang-hae, my friends!

"Through hard times, our friendship keeps me smiling.."

Wednesday, 19 October 2011

How Much Time Do We Have?

Soalan yang selalu aku tanya pada anak-anak muridku bila hampir sampai ke penghujung waktu kelas. Dan akhir-akhir ini aku selalu tanyakan soalan yang sama kepada diri sendiri. Melihat perkembangan dan tindak balas aku terhadap rawatan untuk cycle terakhir ni, memaksa aku berfikir secara lebih realistik. Peluang masih ada, walaupun nampak makin kecil. Semakin kecil peluang, semakin banyak doa yang dipanjatkan, semakin tinggi harapan dipertaruhkan. Kesudahannya nanti hanya Allah yang menentukan, kerana Dia Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

"Mudah-mudahan Allah ampunkan dosa-dosaku.."

Hari ini kerisauan aku selama beberapa hari ni bertemu jawapannya. Kerisauan yang berasas. Diagnosis dan penjelasan doktor petang tadi mengesahkan punca ketidakselesaan aku beberapa minggu ni. Lepas consultation tadi, termenung kejap kat lobi. Tak sedar pun hujan sangat lebat di luar rupanya. Lebat lagi hujan di hati agaknya..

Terdetik kejap rasa nak berputus asa. Apa guna teruskan rawatan kalau keadaan semakin memburuk. Tapi itulah kerja syaitan kan, di saat hati kita lemah, bersungguh-sungguh dia cuba meragut keimanan kita. Sedih. Susah hati. Takut. Rasa yang perlu dibawa jauh dari hati. Rupa-rupanya tak cukup kuat melawan semua ni sendirian. Dan masa terus menjadi pertaruhan paling mahal dalam hidup aku.


Hepatomegaly (seperti yang dijelaskan kepada aku petang tadi) :

Hati adalah organ terbesar dalam badan kita. Fungsi utamanya sebagai filter darah, iaitu darah yang beredar dalam tubuh kita ni dibersihkan dan disaring dari bahan-bahan beracun yang masuk ke dalam tubuh kita melalui makanan atau pernafasan. Hati juga antaranya berfungsi menyimpan glukosa, vitamin B12 dan zat besi; membekalkan tenaga dan protein, mengeluarkan hormon dan insulin.

Hepatomegaly merujuk kepada keadaan di mana hati membengkak dan membesar daripada saiz normal. Dalam bahasa mudahnya, bengkak hati. Keadaan ni akan menjejaskan fungsi hati. Bengkak hati disebabkan pelbagai punca. Antaranya pengambilan alkohol tahap Gaban, kegagalan jantung, virus hepatitis dan barah hati. Ia juga merupakan satu keadaan yang akan dialami oleh pesakit leukemia bila sampai ke peringkat tertentu. Macam aku.

Kita tak boleh rasa bila hati kita bengkak, macam kita boleh rasa benjol kat dahi bila terhantuk tiang lampu tepi jalan tu. Tapi ada tanda-tanda atau simptom yang menunjukkan hati semakin membengkak. Dan tanda-tanda ni semakin jelas bila keadaan dan fungsi hati semakin terjejas.

Simptom bengkak hati yang melibatkan sistem pencernaan:
  • Rasa senak, kembung dan sakit pada abdomen
  • Loya dengan atau tanpa muntah
  • Gusi berdarah
  • Najis berdarah
  • Cirit-birit
  • Hilang selera makan
  • Cepat kenyang walaupun makan sikit
Simptom bengkak hati yang melibatkan lain-lain sistem dalam badan:
  • Kencing berwarna pucat atau kelabu
  • Keletihan
  • Demam atau rasa sejuk
  • Sakit kepala
  • Gatal kulit
  • Sakit sendi
  • Menstrual irregularities
  • Tapak tangan kemerahan
  • Kulit dan mata putih menjadi kuning (jaundice)
Simptom/komplikasi yang memerlukan rawatan segera (telefon ambulans):
  • Sakit yang teramat sangat pada abdomen
  • Perut menjadi terlalu senak dan membengkak
  • Perubahan pada mental status atau perubahan tiba-tiba pada tingkah laku, seperti keliru, gelisah, berhalusinasi
  • Sukar berjalan
  • Tachycardia - rapid heart rate
  • Kelesuan yang melampau
  • Muntah darah atau berwarna hitam
 CT scan of a swollen liver
Moga-moga diringankan sedikit kesakitan yang dirasa sekarang ni. Ada waktu-waktunya bila kesakitan tu datang serentak, terutama lepas chemo, rasa nak duduk je atas katil sepanjang hari. Badan rasa sakit mencucuk-cucuk sampai ke tulang, nak buka mata pun tak terdaya. Kepala rasa macam dihantuk-hantuk ke dinding. Sekarang ni perut pula selalu rasa senak macam dipijak-pijak. Bukan mudah jalan untuk aku menghapuskan dosa rupanya..

Kat hospital tadi, rasa sangat-sangat kerdil bila melihat ada orang yang lebih teruk daripada aku, masih mampu buat  orang lain tersenyum dan ketawa. Entah dari manalah dia dapat kekuatan macam tu. Wahai diri, carilah kekuatan untuk dirimu sendiri. Semoga dirimu lebih dekat dengan Tuhan..amin. 

Maka bertanya aku sekali lagi kepada diri sendiri malam ini:

How much time do we have?
Not a lot.

Sunday, 16 October 2011

Jalan-jalan Cari Kenangan

Tiga hari yang sarat kenangan. Benarlah kata orang, siapa kita banyak dipengaruhi oleh siapa sahabat-sahabat kita. Cari sahabatmu, dan kau akan tahu siapa dirimu. Hari-hari yang membahagiakan. Hari-hari yang buat aku lupa sekejap pada kesakitan. Lupa sekejap daripada memikirkan segala bebanan di kepala. Maafkan aku kalau semua tu perlu dibayar dengan kepenatan kalian menemani aku. 

Terima kasih kerana menghantar aku menjalani rawatan. Berulang-alik dan bersusah payah dalam hujan. Terima kasih kerana dapat berjemaah dan berdoa bersama di tempat yang tak pernah terduga, dalam keadaan tenang dan selesa. Dalam kita gembira mencari kenangan, dapat juga kita mengumpul pahala. 

Melihat sahabat bergambar dengan jubah konvonya, sekilas terasa sayu membayangkan, kalaulah mungkin ada kesempatan juga untukku mencipta kenangan yang sama sekali lagi. Impian yang kadang-kadang nampak semakin kabur. Mendengar sahabat-sahabat bercerita tentang perancangan masa depan, tentang berkeluarga dan memajukan kerjaya, mencapai sesuatu dalam hidup, aku sangat gembira. Sayang aku tak mampu berkongsi keterujaan yang sama, kerana satu-satunya impian yang aku ada sekarang ialah untuk sembuh dan hidup sedikit lama. Impian lain bukan aku buang jauh, cuma aku pendamkan dulu sehingga harapan kembali jelas.   

Hari ini, kita mencari kenangan lagi. Seperti kata Zila tadi, "Memenuhi impian semua". Atau aku terasa sebenarnya yang banyak menunaikan kehendak aku sahaja..kan? Janganlah  begitu. Aku rasa bersalah. Rasa nak kunci je mulut dari menyebut dan menginginkan yang bukan-bukan. Seolah-olah macam kita tak punya banyak masa lagi untuk bersama. Biarlah rasa itu millik aku sahaja. Apa pun, terima kasih banyak-banyak kepada kalian, kerana mengorbankan hujung minggu yang sepatutnya untuk berehat dan ke gym, tapi dihabiskan pula di jalanan. Moga-moga suatu hari nanti, hari-hari begini akan buat kalian tersenyum bila mengenangkannya.
Akhirnya aku berharap, janganlah sahabat-sahabatku rasa terbeban berkawan denganku. Maafkan aku kerana banyak mengorbankan masa, tenaga dan segala-galanya kerana aku. Aku harap akan sembuh, supaya dapat aku bayar semula hutang budi kalian padaku. Tapi kalau tidak, aku sentiasa berdoa agar Allah memberi sebaik-baik balasan  di atas segala kebaikan kalian. Menunaikan segala impian dan hajat kalian, serta dipermudahkan untuk kalian segala urusan dunia dan akhirat.     

Di antara cinta dan sayang, di situ kasihnya sahabat..

"For in those memories, we  live on.."