Pages

Subscribe:

Labels

Wednesday, 26 September 2012

Ganbatte!


Alhamdulillah, syukur sahabat itu telah selamat tiba di sana. Malam yang penuh emosi berakhir dengan kelegaan hari ini bila dapat berbual dan melihat wajahmu. Bersabarlah dengan ujian-ujian kecil buatmu. Rasa hatimu hanya dirimu dan Allah sahaja yang tahu. InsyaAllah semuanya akan bertambah mudah bila kau dapat menyesuaikan diri dengan baik di sana. There is always first time for everything, dear.. Allah sentiasa bersamamu.

Maka hari ini bermulalah perjalanan baru hidupmu. Juga perjalanan baru dalam hidupku. Cuba mengisi hari-hari yang berbaki tanpa seorang sahabat yang sentiasa ada dalam susah dan tangisku. Dalam sedih dan sakitku. Susah, tapi insyaAllah..aku juga yakin Allah sentiasa bersamaku.

Benar ramai lagi sahabat yang mengambil berat dan sangat prihatin dengan keadaanku. Tapi aku sudah terbiasa denganmu. Terasa kekok untuk menjadi beban kepada orang lain. Terasa bersalah untuk mengheret orang lain memperlahankan rentak hidup mereka keranaku. Rasa sangat malu mengharapkan orang lain untuk menjagaku seperti kau melayanku. Tidak semua yang patah itu akan tumbuh kukuh seperti yang asal. Tidak semua yang hilang itu akan terganti dengan yang lebih baik.

Tapi jangan kau risau tentang aku. Tak akan mengalah sebelum sampai waktu. Fokus pada hidupmu di sana. Carilah ilmu dan pengalaman sebanyak-banyaknya. Supaya dapat kau bahagikan ilmu dan pengalamanmu itu nanti  kepada semua yang ada di sini. Dan aku juga akan berusaha menunaikan janji untuk terus bertahan sehingga sahabat itu kembali. Namun kita perlu bersedia dengan takdir Tuhan. Carilah sahabatmu ini bila kau kembali, walau apa pun keadaanku nanti.

Berceritalah kepadaku setiap hari, kerana mendengar ceritamu akan dapat  mengurangkan sakitku, menghilangkan lelahku, membuang jauh kesedihan dan ketakutanku. Mudah-mudahan kau sentiasa dalam jagaan, kasih sayang dan perlindungan Allah. Aku bangga punya sahabat sepertimu.

Sampai jumpa lagi. Ganbatte!!   

2 comments:

  1. Sentiasa igt yg org akan sentiasa ada tp bukan di sisi tp di hati awk...awk sentiasa ada di satu tempat istimewa di hati org..walau sejauh mana org pegi awk sentiasa ada dgn org..org pun dh biasa ada awk..jd bila kena bermula semula terasa amat kekok dan susah..tp kena tunggu org balik..insya allah..ganbatte...

    ReplyDelete
  2. Yg penting harus terus berusaha. Awk berusaha utk hidup yg lebih baik. Org berusaha utk hidup yg lebih lama. Pd Tuhan kita sandarkn harapan. Ganbatte my dearest friend! Man jadda wajada..

    ReplyDelete