Pages

Subscribe:

Labels

Saturday 29 October 2011

Sebab Kita Kawan...


Prinsip berkawan aku sejak dulu dan tak pernah berubah: Bila kita mengaku kawan, bererti kita mengaku bersaudara. Dan kerana itu jugalah, pagi tadi aku ke Hospital Temerloh. Dengan Zimah. Menemani Zila, yang perlukan sokongan dan kekuatan di saat neneknya (Wan) terlantar koma dan kritikal. Sejak semalam aku risau memikirkan kawan aku yang seorang ni. Membayangkan perasaannya, bila insan yang membelanya sejak kecil terlantar lesu di situ. Masa ayah Fa'izah sakit dulu di hospital yang sama, aku masih dalam rawatan. Aku tak nak sakit ni sekali lagi dijadikan alasan untuk mengabaikan kesedihan seorang lagi kawan.

Aku tahu aku mengambil risiko yang sangat besar, pergi ke sana dalam keadaan aku yang begini. Tapi, apa sangatlah kesakitan yang perlu ditanggung, jika dibandingkan betapa besar maknanya apabila kita dapat berada di sisi sahabat kita dalam waktu-waktu sukar begitu. Syukurlah Allah mudahkan niat baik kami. Bukan tak sayang diri sendiri, tapi aku lebih sayangkan saudaraku.

I hope I'll be ok. Today, I'm on a regular dose of a strong pain reliever, a muscle relaxer, and medications that help my nerves heal and my pain go away. Sorry, doc..sekali ni sahaja. Mudah-mudahan bangun esok, makin kuranglah kesakitan ni. Mudah-mudahan juga, Allah menguatkan hati dan semangat Zila serta keluarganya dalam menghadapi ketentuan Allah ini. I've been there, in that situation. So I know how hurt it feels. Apa pun, kita kena ikhlaskan hati untuk redha dengan takdir Tuhan.

Sometimes we don't have to say or do anything. Just being there..menghulurkan bahu untuk kawan kita melepaskan lelah dan menadahkan telinga untuk kita mendengar segala keluh-kesah. Kenapa? Sebab kita kawan..dan itu yang selalu seorang kawan akan lakukan.

Friday 28 October 2011

Perjuangan Yang Belum Selesai

Subuh yang damai. I'm writing in pain. Hari-hari menyakitkan di hospital berakhir semalam, akhirnya malam tadi dapat tidur di katil sendiri..home sweet home.
 
Alhamdulillah, I have completed my last chemo. Finally the last day has arrived. I am very happy. Thanks to the doctors and nurses. They have done an amazing job for the past several months. Begitu sabar dengan patient degil dan banyak soalan macam aku ni. But I still have to go through the side effects of this last infusion, then it will take a couple months to recover my strength to a more reasonable level. Harap-harap deria rasa dan selera makan juga kembali pulih.

Cuma satu lagi masalah, hati masih bengkak. Still having the symptoms. Doktor bimbang makin menekan jantung dan paru-paru. They detected early signs of liver failure and they had to adjust my oral medications that could cause further damage to the liver. Doctor's advice:
  • Avoid fast food, preservatives and prepackaged food. 
  • Avoid soda. Stick with water, juice and milk.
  • Try to prevent getting any other illness now that may weaken my body and cause me to take additional medicine.
Semalam dipenuhi dengan macam-macam test untuk wrap-up hasil rawatan. I had my post-chemo CT Scan, MRI, blood count and the toughest part - bone marrow aspiration and biopsy (BMA). This was a very important procedure as it tells how well I'm responding to treatment. Any amount of leukemic cells found after the first round of chemo is really bad. And any amount found after the second round is worse. It would lead to no other option other than a bone marrow transplant (BMT), which is super tough on the body. Results will be ready next week. Maka benarlah kata orang, penantian suatu penyiksaan..

Bone Marrow Aspiration & Biopsy (BMA):
(Seperti yang dijelaskan dan dibuat ke atas aku)

Bahasa mudahnya, ambil sampel sumsum tulang. Dua prosedur berbeza yang dijalankan pada waktu yang sama. Bone marrow aspiration ambil sumsum tulang dalam bentuk cecair, sementara bone marrow biopsy ambil sedikit tisu lembut pada sumsum tulang tu.

Walaupun tempat nak cucuk tu dibius dulu, tetap juga rasa sakitnya sebab dalam tulang mana boleh bius kan.. Mula-mula doktor buat aspiration dulu. Rasa sakitnya masa dia sedut sumsum tulang guna syringe, tapi sakit tu hilang lepas jarum besar tu ditarik keluar. Biopsy pulak guna jarum yang lagi besar. Rasa sakitnya masa jarum masuk ke tulang dan masa ditarik keluar. Tebuk kat kawasan yang sama juga. Jarum tu diputar-putar macam tengah gerudi sampai sampel tisu dapat ditarik. Ngilu rasa bila diingat semula..

BMA kit - peralatan yang diguna untuk prosedur ni

Penjagaan lepas prosedur ni taklah susah sangat. Cuma pastikan tempat dressing tu bersih dan kering. Kalau berdarah sikit kena tukar bandage. Dan rasa tak selesalah untuk beberapa hari ni, terutamanya masa membongkok. Jangan angkat benda-benda berat, dan jangan lasak sangat. Jumpa doktor kalau ada demam, tanda-tanda jangkitan dan kesakitan yang melampau atau pendarahan yang tak terkawal. 

Di sini aku cuba recall prosedur tu step by step. Semoga keluarga dan sahabat-sahabatku tak perlu melalui pengalaman serupa dan sentiasa diberi kesihatan yang baik. Amin..

1. Mula-mula, doktor suntik lidocaine untuk kebaskan kawasan tu (dekat tulang punggung).


 2. Masukkan jarum pertama untuk aspiration. Tarik keluar obturator (kepala jarum) perlahan-lahan. Rasa sakit masa ni.


3. Lepas tu doktor masukkan 10ml syringe kat hub tu dan sedut perlahan-lahan sumsum tulang tu.Doktor ambil 4 tiub. Dah siap, tarik keluar jarum tu. Sakit juga masa ni.


4. Terus letak kat microscope slides untuk diuji.


5. Seterusnya untuk biopsy pulak. Tebuk jarum yang besar sikit dari yang pertama tu kat tempat yang sama. Doktor tebuk ke dalam tulang, putar-putar macam nak ketatkan skru, sekurang-kurangnya 2cm dalam.


6. Kemudian doktor putar lagi jarum tu beberapa kali untuk tarik keluar sampel tisu. Sakit lagi masa ni.


7. Dah dapat tarik, pindah terus ke microscope slide dan tarik keluar jarum tu. Huhu..pun sakit.


8. Akhir sekali, letak bandage. Kena terlentang dalam 30 minit supaya darah kat tempat kena tebuk tu boleh membeku.

Perasaan aku sekarang? Takut menunggu report minggu depan. I hope to hear good news from them. But I've also prepared for the worst. Setiap hari berdoa agar aku tak perlu melalui prosedur dan rawatan yang menyakitkan tu lagi. Walaupun peluang nak sembuh sepenuhnya cuma 50-50, aku yakin tiada yang mustahil selagi kita tak berputus asa. Sekurang-kurangnya aku dah mencuba. "Dan apabila aku sakit, Dialah yang Menyembuhkan".


InsyaAllah, apa pun keputusannya minggu depan, aku terima dengan redha dan syukur. Sedih perkara biasa. Don't expect me to give a big smile over the bad news. Mama masih di Singapura. Masa telefon dia semalam, aku minta didoakan supaya selamat urusan dunia dan akhirat. Walaupun tak mampu berterus-terang lagi sekarang, sekurang-kurangnya doa seorang ibu akan sentiasa bersamaku.

Dulu aku selalu fikir, tak mengapalah kalau aku mati, Mama masih ada 3 orang anak lagi. Tapi akhir-akhir ni aku sangat berharap agar aku diberi lebih masa dengan Mama. Berharap diberi lebih kesempatan dan peluang untuk menyelesaikan urusan keluarga aku dan 'masa depan kita' (fate will either bring us together or bring something better). Juga berharap segala apa yang tercatat dalam blog ni dapat aku kongsi dengan mereka suatu hari nanti, bukannya sekadar menjadi legacy dan kenangan untuk mereka baca selepas aku mati.

Perjuangan ini belum selesai. Aku tahu aku bukan manusia yang sangat baik hingga perlu dimudahkan perjalanan hidupku. Tapi Allah Maha Adil, dan aku juga tahu aku bukannya manusia yang jahat hingga perlu disempitkan laluan hidupku. Allah tak akan uji kita dengan sesuatu yang kita tak mampu, kan..

"Setiap kesulitan itu ada penghujungnya.."

Things to do today:
  1. Get up.
  2. Survive.
  3. Go back to bed.

Monday 24 October 2011

Jalan-jalan Cari Kenangan (2)


Buat Ros, Zila dan Fa'izah:

Terima kasih untuk masa yang diluangkan, cuti yang dikorbankan dan apa sahaja yang ditinggalkan untuk kita berada di TTDI dan Morib. Thanks for the memories. Perhaps it's just another vacation for you guys. But for me, it could be the last. Aku 'orang sungai', bukan 'orang pantai' (lebih suka sungai daripada pantai). Tapi yang penting bukan di mana kita berada, tapi dengan siapa kita bersama kan.. Sarang-hae, my friends!

"Through hard times, our friendship keeps me smiling.."

Wednesday 19 October 2011

How Much Time Do We Have?

Soalan yang selalu aku tanya pada anak-anak muridku bila hampir sampai ke penghujung waktu kelas. Dan akhir-akhir ini aku selalu tanyakan soalan yang sama kepada diri sendiri. Melihat perkembangan dan tindak balas aku terhadap rawatan untuk cycle terakhir ni, memaksa aku berfikir secara lebih realistik. Peluang masih ada, walaupun nampak makin kecil. Semakin kecil peluang, semakin banyak doa yang dipanjatkan, semakin tinggi harapan dipertaruhkan. Kesudahannya nanti hanya Allah yang menentukan, kerana Dia Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

"Mudah-mudahan Allah ampunkan dosa-dosaku.."

Hari ini kerisauan aku selama beberapa hari ni bertemu jawapannya. Kerisauan yang berasas. Diagnosis dan penjelasan doktor petang tadi mengesahkan punca ketidakselesaan aku beberapa minggu ni. Lepas consultation tadi, termenung kejap kat lobi. Tak sedar pun hujan sangat lebat di luar rupanya. Lebat lagi hujan di hati agaknya..

Terdetik kejap rasa nak berputus asa. Apa guna teruskan rawatan kalau keadaan semakin memburuk. Tapi itulah kerja syaitan kan, di saat hati kita lemah, bersungguh-sungguh dia cuba meragut keimanan kita. Sedih. Susah hati. Takut. Rasa yang perlu dibawa jauh dari hati. Rupa-rupanya tak cukup kuat melawan semua ni sendirian. Dan masa terus menjadi pertaruhan paling mahal dalam hidup aku.


Hepatomegaly (seperti yang dijelaskan kepada aku petang tadi) :

Hati adalah organ terbesar dalam badan kita. Fungsi utamanya sebagai filter darah, iaitu darah yang beredar dalam tubuh kita ni dibersihkan dan disaring dari bahan-bahan beracun yang masuk ke dalam tubuh kita melalui makanan atau pernafasan. Hati juga antaranya berfungsi menyimpan glukosa, vitamin B12 dan zat besi; membekalkan tenaga dan protein, mengeluarkan hormon dan insulin.

Hepatomegaly merujuk kepada keadaan di mana hati membengkak dan membesar daripada saiz normal. Dalam bahasa mudahnya, bengkak hati. Keadaan ni akan menjejaskan fungsi hati. Bengkak hati disebabkan pelbagai punca. Antaranya pengambilan alkohol tahap Gaban, kegagalan jantung, virus hepatitis dan barah hati. Ia juga merupakan satu keadaan yang akan dialami oleh pesakit leukemia bila sampai ke peringkat tertentu. Macam aku.

Kita tak boleh rasa bila hati kita bengkak, macam kita boleh rasa benjol kat dahi bila terhantuk tiang lampu tepi jalan tu. Tapi ada tanda-tanda atau simptom yang menunjukkan hati semakin membengkak. Dan tanda-tanda ni semakin jelas bila keadaan dan fungsi hati semakin terjejas.

Simptom bengkak hati yang melibatkan sistem pencernaan:
  • Rasa senak, kembung dan sakit pada abdomen
  • Loya dengan atau tanpa muntah
  • Gusi berdarah
  • Najis berdarah
  • Cirit-birit
  • Hilang selera makan
  • Cepat kenyang walaupun makan sikit
Simptom bengkak hati yang melibatkan lain-lain sistem dalam badan:
  • Kencing berwarna pucat atau kelabu
  • Keletihan
  • Demam atau rasa sejuk
  • Sakit kepala
  • Gatal kulit
  • Sakit sendi
  • Menstrual irregularities
  • Tapak tangan kemerahan
  • Kulit dan mata putih menjadi kuning (jaundice)
Simptom/komplikasi yang memerlukan rawatan segera (telefon ambulans):
  • Sakit yang teramat sangat pada abdomen
  • Perut menjadi terlalu senak dan membengkak
  • Perubahan pada mental status atau perubahan tiba-tiba pada tingkah laku, seperti keliru, gelisah, berhalusinasi
  • Sukar berjalan
  • Tachycardia - rapid heart rate
  • Kelesuan yang melampau
  • Muntah darah atau berwarna hitam
 CT scan of a swollen liver
Moga-moga diringankan sedikit kesakitan yang dirasa sekarang ni. Ada waktu-waktunya bila kesakitan tu datang serentak, terutama lepas chemo, rasa nak duduk je atas katil sepanjang hari. Badan rasa sakit mencucuk-cucuk sampai ke tulang, nak buka mata pun tak terdaya. Kepala rasa macam dihantuk-hantuk ke dinding. Sekarang ni perut pula selalu rasa senak macam dipijak-pijak. Bukan mudah jalan untuk aku menghapuskan dosa rupanya..

Kat hospital tadi, rasa sangat-sangat kerdil bila melihat ada orang yang lebih teruk daripada aku, masih mampu buat  orang lain tersenyum dan ketawa. Entah dari manalah dia dapat kekuatan macam tu. Wahai diri, carilah kekuatan untuk dirimu sendiri. Semoga dirimu lebih dekat dengan Tuhan..amin. 

Maka bertanya aku sekali lagi kepada diri sendiri malam ini:

How much time do we have?
Not a lot.

Sunday 16 October 2011

Jalan-jalan Cari Kenangan

Tiga hari yang sarat kenangan. Benarlah kata orang, siapa kita banyak dipengaruhi oleh siapa sahabat-sahabat kita. Cari sahabatmu, dan kau akan tahu siapa dirimu. Hari-hari yang membahagiakan. Hari-hari yang buat aku lupa sekejap pada kesakitan. Lupa sekejap daripada memikirkan segala bebanan di kepala. Maafkan aku kalau semua tu perlu dibayar dengan kepenatan kalian menemani aku. 

Terima kasih kerana menghantar aku menjalani rawatan. Berulang-alik dan bersusah payah dalam hujan. Terima kasih kerana dapat berjemaah dan berdoa bersama di tempat yang tak pernah terduga, dalam keadaan tenang dan selesa. Dalam kita gembira mencari kenangan, dapat juga kita mengumpul pahala. 

Melihat sahabat bergambar dengan jubah konvonya, sekilas terasa sayu membayangkan, kalaulah mungkin ada kesempatan juga untukku mencipta kenangan yang sama sekali lagi. Impian yang kadang-kadang nampak semakin kabur. Mendengar sahabat-sahabat bercerita tentang perancangan masa depan, tentang berkeluarga dan memajukan kerjaya, mencapai sesuatu dalam hidup, aku sangat gembira. Sayang aku tak mampu berkongsi keterujaan yang sama, kerana satu-satunya impian yang aku ada sekarang ialah untuk sembuh dan hidup sedikit lama. Impian lain bukan aku buang jauh, cuma aku pendamkan dulu sehingga harapan kembali jelas.   

Hari ini, kita mencari kenangan lagi. Seperti kata Zila tadi, "Memenuhi impian semua". Atau aku terasa sebenarnya yang banyak menunaikan kehendak aku sahaja..kan? Janganlah  begitu. Aku rasa bersalah. Rasa nak kunci je mulut dari menyebut dan menginginkan yang bukan-bukan. Seolah-olah macam kita tak punya banyak masa lagi untuk bersama. Biarlah rasa itu millik aku sahaja. Apa pun, terima kasih banyak-banyak kepada kalian, kerana mengorbankan hujung minggu yang sepatutnya untuk berehat dan ke gym, tapi dihabiskan pula di jalanan. Moga-moga suatu hari nanti, hari-hari begini akan buat kalian tersenyum bila mengenangkannya.
Akhirnya aku berharap, janganlah sahabat-sahabatku rasa terbeban berkawan denganku. Maafkan aku kerana banyak mengorbankan masa, tenaga dan segala-galanya kerana aku. Aku harap akan sembuh, supaya dapat aku bayar semula hutang budi kalian padaku. Tapi kalau tidak, aku sentiasa berdoa agar Allah memberi sebaik-baik balasan  di atas segala kebaikan kalian. Menunaikan segala impian dan hajat kalian, serta dipermudahkan untuk kalian segala urusan dunia dan akhirat.     

Di antara cinta dan sayang, di situ kasihnya sahabat..

"For in those memories, we  live on.."

Thursday 13 October 2011

Life Is A Beautiful Struggle


Mengharap tuah dan nasib menyebelahi kita pada waktu-waktu getir ujian hidup melanda, seakan menunggu bulan jatuh ke riba. I'm not giving up, but sometimes I have a strong feeling that my illness can't be cured. I want to enjoy each day. I must enjoy each day because I don't know how many there will be. There's certainly hope for many more days, but I can't squander the days I have now. I want to do things I love to do and enjoy life again. Rasa macam dah lama sangat sakit dan dalam kesakitan, sampai aku kadang-kadang lupa macam mana rasanya masa sihat dulu. 

Badan rasa sangat-sangat tak selesa minggu ni. Bladder infection, ketumbit yang besar kat mata yang sampai berdenyut-denyut ke kepala, berpeluh tiba-tiba waktu malam. Terasa payah sebab badan pula dah mula menolak antibiotik. Terpaksalah beralih kepada petua orang tua-tua untuk meringankan ketakselesaan ni. All things happen in God's perfect time..maka sabarlah diri..  

Tapi dalam kesakitan, sempat juga belajar Sudoku tadi, walaupun terhegeh-hegeh. Thanks Nad. Thank God it's pure logic. Kalau melibatkan pengiraan, awal-awal aku surrender. Maaf Ros, 'alahan Maths' yang kronik dah kawan kau ni. Dalam kesakitan juga, sempat tengok kawan-kawan buat step senamrobik untuk Ahad ni. Semoga kalian berjaya. Benda-benda yang buat aku happy. Itu yang aku cari dan perlukan dalam waktu-waktu begini.

The past is gone. The future is yet to be. All we have is today. So live for today, and prepare for akhirat. If you don't take a chance, you don't stand a chance. You never know what day could be your last. Just because your illness has gone worse, it doesn't mean you have to make a sad face and give up all the things you love and enjoy doing. Sometimes you have to be your own hero. Hmm..easier said than done. But I'll try. Kalau nak bercakap tentang ketabahan, kita sendiri perlu tabah. Nak bercakap tentang kebaikan, kita dulu perlu berusaha menjadi baik. Kerana Allah akan selalu menguji kita dengan apa yang kita dakwahkan dan sampaikan kepada orang lain.

Begitu juga kalau nak bercakap tentang cinta, kita sendiri perlu merasainya. Sekadar pendapat aku buat seorang sahabat yang mungkin masih beristikharah tentang pilihannya. If someone wants to be a part of your life, they'll make an effort to be in it. I always believe you deserve someone better, to love you and to make you the person you were meant to be. Memang susah mencari orang yang mahu berkongsi beban dan harapan dengan kita. Apa yang baik belum tentu membahagiakan. Biarlah kita menyesal kerana tak memilih seseorang. Jangan pula kita menyesal kemudian kerana memilih dia. Kerana kesalan itu akan kita bawa sepanjang hidup bersamanya. Itu lebih melukakan.

He is out there somewhere. You just haven't found him yet. The right one will come eventually. And they'll be so worth the wait, my friend. Perhaps right now, someone you haven't met is out there wondering what it would be like to meet someone special like you. Cantik kerja Tuhan, kan..

Life is beautiful. Life is a struggle. Life is a beautiful struggle..

"Yang indah itu ada padamu.."

Tuesday 11 October 2011

Belasungkawa (2)

Terlalu banyak yang difikirkan dan dipendam sehari dua ni. Tapi tak mampu menulisnya di sini. Bercadang untuk berhenti berkongsi seketika sebenarnya. Fikir sebelum tulis, bukan tulis semua yang difikir. Tapi hari ni aku ringankan juga tangan mencatat sesuatu sebagai tanda kenangan dan penghargaan kepada seseorang.

Awal pagi tadi aku terima SMS tentang pulangnya seorang hamba soleh kepada Penciptanya. Guru agama aku, insan yang mengajar aku celik al-Quran, Allahyarham Tuan Haji Abdul Aziz, dijemput Allah untuk kembali ke sisiNya. Selamat dikebumikan selepas Zuhur tadi di Jalan Ampang. Tempat yang sama bersemadinya insan-insan yang sangat aku kasihi..Abah, datuk dan nenekku, sahabat baikku, serta ahli keluargaku yang lain. Tempat yang aku harap dapat menjadi tempat persemadianku juga suatu hari nanti.

Tertibnya, kita dianjurkan bercakap yang baik-baik sahaja tentang si mati. Sememangnya cuma yang baik-baik sahaja telah diperlihatkan oleh Allahyarham sepanjang hayatnya. Insan yang sangat menjaga tutur katanya, serta menjaga setiap butir rezeki yang masuk ke perutnya bagi memelihara hafazannya. Mudah-mudahan ilmu bermanfaat yang dicurahkannya kepada beratus-ratus anak muridnya termasuk aku, dapat menjadi bekal dan peneman Allahyarham di alam yang abadi. Amin ya Robbal 'alamin.


P/S: Yang pergi itu sudah tentu bahagian mereka di sisi Allah. Bagaimana pulalah akhir hidup kita nanti..

Saturday 8 October 2011

Kasih Yang Jauh

Aku ada abang. Aku bukan lagi Along dalam keluarga. Takdir yang aku terima dengan hati terbuka. Pencarian berbulan-bulan akhirnya berakhir hari ini. Berdepan lelaki itu, yang tiga tahun lebih tua dari aku, mengingatkan aku kepada seorang lelaki yang sangat aku kasihi..Abah. Pertemuan yang janggal dan kekok. Tak tahu nak dimulakan dari mana dan bagaimana nak mengakhirinya.

Hari ini aku temukan jawapan, kenapa rahsia ini terlalu  dirahsiakan dan begitu rapi disimpan. Kebenaran yang melukakan, dan terlalu peribadi untuk aku share di ruangan ini. Mengertilah aku kenapa mereka memilih untuk menjarakkan diri daripada kami. Memilih untuk menafikan hak sendiri. Tapi hubungan darah tak boleh diputuskan begitu sahaja. Kerana dia juga adalah wali yang berhak ke atasku selepas adik-adik lelakiku.

Dan sekarang kepala aku berat memikirkan tentang perkara ini pula. Bagaimana harus aku jelaskan kepada Mama. Kuatkah dia untuk terima dua berita ini nanti? Tentang kesihatan aku dan tentang pertemuan ini. Aku sendiri pun rasa sesak dada mendengar cerita tadi, inikan pula Mama. Aku boleh memilih untuk tamatkan cerita di sini, bertindak seperti Abah, menyimpan rahsia ke hujung nyawa. Membiarkan mereka semakin jauh. Tapi masalah takkan selesai dengan cara itu. Kejam sangat rasanya aku ni kalaulah tadi aku menolak bila mereka 'meminta izin' untuk menziarahi pusara Abah dan bila anak-anak saudara yang baru aku kenal tu memanggil aku 'Mak Long'. Bukankah mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah itu lebih berat hukumnya..

Nampaknya aku perlu beristikharah lagi. Memohon jalan keluar dari Allah, sebab aku sangat buntu sekarang. Susah hati memikirkan segala kemungkinan. Mungkin ada benarnya kata Pakcik, hal ni akan memudaratkan kesihatan aku. Aku harap adik-adik dapat menerima takdir ni dengan tenang. Dapat melihat hikmah yang Allah sembunyikan di sebalik ujianNya.

Dan hari ini aku dapat sempurnakan satu perkara dalam wishlist aku (Before I Die) - find the family I didn't know. Mudah-mudahan kasih yang jauh itu akan bertaut kembali. Terima kasih kerana menerima kedatangan aku hari ni. Tidak dihalau, malah dilayan baik sebagai tetamu tadi pun dah cukup bagus buat aku. Kerana aku juga tidak mengharapkan pertemuan pertama ini berlangsung dalam keadaan penuh mesra.

To make every moment count..that's all I want.

Thursday 6 October 2011

AML-M5

Imej mikro AML M4/M5

Ringkasan untuk Acute Monocytic Leukemia subtype M5. Sejenis leukemia yang menyerang sel-sel darah putih yang belum matang. Tanda-tandanya banyak, daripada yang ringan hinggalah yang mengancam nyawa, yang biasanya dialami oleh kebanyakan pesakit leukemia jenis ni. Antaranya:

Anemia:
Disebabkan kurangnya bekalan darah merah yang membekalkan oksigen. Pesakit biasanya selalu mengadu sejuk, lemah dan letih yang kronik, selalu pening dan pucat.

Kerap Lebam dan Berdarah:
Disebabkan kurangnya bilangan platelet yang berfungsi untuk membekukan darah. Pesakit selalu mengalami bengkak dan berdarah gusi serta hidung. Bintik-bintik merah berdarah pada kulit yang dipanggil purpura, akibat dari kecederaan atau perlanggaran kecil. Komplikasi lebih teruk ialah pendarahan di belakang mata, usus dan kepala.

Jangkitan:
Disebabkan sel-sel darah putih tak matang yang tak mampu melawan jangkitan. Paling kerap dan bahaya berlaku ialah pneumonia (jangkitan pada paru-paru). Sebab tu pesakit perlu menjauhi orang yang menghidap batuk dan selesema dan mangamalkan langkah pencegahan seperti menggunakan sanitizer untuk membunuh kuman dan memakai topeng muka macam Gaban (hehe..acah je, topeng muka yang mempunyai 3 lapisan). Penting juga untuk mengelakkan kawasan sesak dan ramai orang kerana lebih mudah terdedah kepada jangkitan.

Pembengkakan Organ dan Nodus Limfa:
Pesakit akan mengalami bengkak pada hati atau limpa, atau kedua-duanya sekali. Pesakit selalu merasa sakit dan senak pada kawasan abdomen. Sel-sel leukemia juga mungkin berkumpul di nodus limfa. Seterusnya kesakitan tu akan berkumpul pada sumsum tulang dan sendi-sendi pesakit.

Prognosis (jangkaan hayat) pesakit pada tahap ni bergantung kepada keadaan keseluruhan pesakit tu. Semakin berusia, peluang untuk 5-year survival semakin rendah. Antara tanda-tanda pada peringkat akhir untuk pesakit AML ialah:

Pendarahan Dalaman:
Disebabkan darah tidak dapat membeku kerana platelet yang semakin berkurang.

Relapse (Pengulangan):
Pesakit biasanya sembuh selepas kemoterapi. Tapi ada kemungkinan penyakit ni berulang semula selepas tu. Pesakit boleh mati jika tidak dirawat dengan pemindahan sel stem. Walaupun dengan pemindahan, pesakit AML yang berulang tetap mempunyai prognosis yang lemah untuk jangka hayat yang lama.

Metastasis:
Kanser merebak ke bahagian badan yang lain. Bagi AML, biasanya akan merebak ke otak. Berlaku pada peringkat akhir penyakit ni. Antara tanda-tandanya ialah sakit kepala yang teruk, sawan, penglihatan semakin kabur, lemah, muntah dan masalah keseimbangan badan. Sel-sel leukemia biasanya akan merebak ke gusi dan terus ke bahagian-bahagian lain dalam badan.

Cuma ada dua cara untuk merawat pesakit pada peringkat (AML-M5) ini, iaitu intensive chemo dan stem cell transplant. Serius entry malam ni. Aku bercerita tentang ni kerana ini yang diterangkan pada aku kelmarin. Sekadar berkongsi ilmu yang diterima, dan supaya aku lebih berjaga-jaga selepas ni. Never give up!


Wednesday 5 October 2011

Bila Takdir Mengatasi Tadbir

Semalam aku ke sana lagi, berusaha mengubah takdir yang sedang berlaku dalam hidup aku. Berusaha untuk kelangsungan hidup. Berusaha untuk sembuh. Dua kali lagi untuk habiskan rawatan. Lepas tu, aku perlu bersedia dengan permainan takdir seterusnya. Walaupun doktor masih kekal dengan prognosis tiga bulan lepas (12 months survival), mereka masih yakin dengan rawatan sekarang. Dan aku juga masih yakin dengan kerja Tuhan. Aku yakin bila Allah nak beri kita sesuatu yang baik, Dia akan uji kita dengan kesusahan dulu. Aku harap akan ada keajaiban di sebalik rawatan yang masih berbaki ni.  Aku kena cuba untuk tidak terlalu memikirkan berapa lama yang aku ada, tapi apa yang aku nak buat dengan masa yang aku ada ni. Susah, tapi kena cuba..

Hari ni badan masih tak selesa. Cuaca akhir-akhir ni sangat bahaya untuk orang seperti aku. Mujurlah demam malam tadi tak melarat ke pagi. Mudah-mudahan esok lusa bertambah baik keadaan aku, makin kuranglah sakit kepala ni. Mama dah mula sibuk dengan kelas-kelas mengajinya. Tak adalah dia perasan sangat kelesuan aku, dan kurang jugalah dia membelek setiap inci perubahan fizikal aku. "Maafkan diriku..banyak dosaku padamu".

Setiap minggu yang ada rawatan, beginilah perasaan dan keadaan aku. Macam yo-yo. Bukan kerja senang sebenarnya nak mengubah takdir. Penat dan melelahkan. Menyakitkan dan basah dengan tangisan. Tapi itu sajalah caranya kan, tak ada jalan mudah. Takdir hanya akan berubah dengan usaha dan doa. Dan hujung minggu ni, ada satu lagi takdir yang menanti. Takdir yang bakal menguji emosi aku. Takdir yang Abah simpan untuk aku selesaikan.

Abah..Along tahu kenapa sesuatu tu dinamakan rahsia. Supaya tidak dibuka dan diceritakan. Tapi kata Pakcik ini bukan rahsia, cuma belum tiba masa. I guess this is the right time. I'm afraid I don't have much time. Along tak nak bawa pula rahsia ni sampai mati seperti Abah juga. Berat kalau dibuka, lebih berat kalau disimpan. I need to know why. Apa pun sebabnya nanti, Along tahu Abah buat semua tu untuk kebaikan kita semua. Maka izinkan Along buat semua ni untuk kebaikan kita semua juga.


Berat dugaanMu untuk aku, ya Allah. Berat beban yang perlu aku pikul. Kalau hambaMu yang kerdil dengan iman cuma senipis kulit bawang ni dah Kau uji sebegini berat, pasti hebat lagi ujian yang Kau beri kepada hamba-hambaMu yang soleh dan lebih Kau kasihi.

Dalam waktu-waktu sekarang, syukur aku dikelilingi sahabat-sahabat yang sangat setia mendengar, dan sentiasa sudi membantu. Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari. Aku tak pernah mensia-siakan persahabatan aku dan aku harap kalian juga tidak merasa bersahabat dengan aku sebagai sesuatu yang sia-sia. Rahmat Tuhan selalu terbias pada ketulusan hati seorang sahabat. Sarang-hae yo..

A friend loves at all times..

Monday 3 October 2011

Selesai Akhirnya..


Dua hari yang sangat memenatkan. Sangat menguji kesabaran. Tapi juga sarat dengan kenangan. Lupakan kisah-kisah menyakitkan hati, semoga jadi pengajaran buat aku. Jangan lembut hati sangat dengan budak-budak.

Adik-adik tak percaya aku pergi 'Night Walk'. Aku pun tak percaya aku mampu sampai ke bukit tu dan turun dengan selamat, dalam keadaan gelap gelita. Terima kasih, Zila..kerana bersabar dengan aku selama lebih sejam kita di dalam hutan sana. Kalau ada azam dan semangat yang kuat, sakit pun tak terasa, telan ubat tanpa air pun tak rasa apa. Tujuan utama aku ikut ke hutan tu sebab risaukan mulut budak-budak tu yang tak ada insurans. Tujuan kedua sebab nak mencabar diri sendiri. Alhamdulillah, Allah permudahkan. Rasa lebih semangat nak ke Bukit Broga lepas ni.

Duduk bercerita tepi sungai, sambung pulak bercerita dalam sungai sambil berendam..banyak yang dirancang, banyak yang dikenang. Banyak juga benda baru yang aku kenal dan belajar dari Zila dan Zimah. Terima kasih banyak-banyak. Aku harap aku tak terlalu menyusahkan kalian sepanjang kita di sana. Semoga masih ada waktu untuk kita mengulangi semuanya kembali.


Esok pula hari bahagia seorang sahabat. Meraikannya bersama insan-insan tersayang. Selamat berkonvo, Ros. Selesai akhirnya. Lepas ni sambung lagi ye, bukan semua orang diberi Allah peluang dan nikmat ilmu dan rezeki macam kau. Tiada yang lebih membahagiakan bila melihat orang tua kita terus-terusan menjadi saksi kejayaan anak-anaknya. Bukan semua orang juga diberi Allah kesempatan untuk menghadiahkan semua tu kepada orang tua mereka. Syukurlah kau antara yang bertuah itu.  Aku juga berharap sebelum sampai waktuku, aku dapat menghadiahkan sesuatu untuk orang tuaku.

"Saat terindah di kala kau mencari ilmu ialah mengenali siapa Penciptamu".

Banyak perkara yang dah selesai, banyak juga yang masih tertangguh. Rasa cepat betul masa berlalu. Minggu ni aku mengharapkan pertemuan yang aku tunggu selama ni jadi kenyataan. Semoga terjawab semua persoalan. Walaupun aku tahu pertemuan ni bakal membawa kekusutan dalam keluargaku nanti, aku harap semuanya dapat diatasi dengan hikmah dan sabar. Ada hati yang perlu dijaga dan ada hak yang perlu diberi. Moga-moga Allah sentiasa membimbingku dalam membuat keputusan yang betul dan memberi aku kekuatan untuk berdepan segala kemungkinan. InsyaAllah..