Terlalu banyak yang difikirkan dan dipendam sehari dua ni. Tapi tak mampu menulisnya di sini. Bercadang untuk berhenti berkongsi seketika sebenarnya. Fikir sebelum tulis, bukan tulis semua yang difikir. Tapi hari ni aku ringankan juga tangan mencatat sesuatu sebagai tanda kenangan dan penghargaan kepada seseorang.
Awal pagi tadi aku terima SMS tentang pulangnya seorang hamba soleh kepada Penciptanya. Guru agama aku, insan yang mengajar aku celik al-Quran, Allahyarham Tuan Haji Abdul Aziz, dijemput Allah untuk kembali ke sisiNya. Selamat dikebumikan selepas Zuhur tadi di Jalan Ampang. Tempat yang sama bersemadinya insan-insan yang sangat aku kasihi..Abah, datuk dan nenekku, sahabat baikku, serta ahli keluargaku yang lain. Tempat yang aku harap dapat menjadi tempat persemadianku juga suatu hari nanti.
Tertibnya, kita dianjurkan bercakap yang baik-baik sahaja tentang si mati. Sememangnya cuma yang baik-baik sahaja telah diperlihatkan oleh Allahyarham sepanjang hayatnya. Insan yang sangat menjaga tutur katanya, serta menjaga setiap butir rezeki yang masuk ke perutnya bagi memelihara hafazannya. Mudah-mudahan ilmu bermanfaat yang dicurahkannya kepada beratus-ratus anak muridnya termasuk aku, dapat menjadi bekal dan peneman Allahyarham di alam yang abadi. Amin ya Robbal 'alamin.
P/S: Yang pergi itu sudah tentu bahagian mereka di sisi Allah. Bagaimana pulalah akhir hidup kita nanti..
Tuesday, 11 October 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment