Pages

Subscribe:

Labels

Thursday 6 October 2011

AML-M5

Imej mikro AML M4/M5

Ringkasan untuk Acute Monocytic Leukemia subtype M5. Sejenis leukemia yang menyerang sel-sel darah putih yang belum matang. Tanda-tandanya banyak, daripada yang ringan hinggalah yang mengancam nyawa, yang biasanya dialami oleh kebanyakan pesakit leukemia jenis ni. Antaranya:

Anemia:
Disebabkan kurangnya bekalan darah merah yang membekalkan oksigen. Pesakit biasanya selalu mengadu sejuk, lemah dan letih yang kronik, selalu pening dan pucat.

Kerap Lebam dan Berdarah:
Disebabkan kurangnya bilangan platelet yang berfungsi untuk membekukan darah. Pesakit selalu mengalami bengkak dan berdarah gusi serta hidung. Bintik-bintik merah berdarah pada kulit yang dipanggil purpura, akibat dari kecederaan atau perlanggaran kecil. Komplikasi lebih teruk ialah pendarahan di belakang mata, usus dan kepala.

Jangkitan:
Disebabkan sel-sel darah putih tak matang yang tak mampu melawan jangkitan. Paling kerap dan bahaya berlaku ialah pneumonia (jangkitan pada paru-paru). Sebab tu pesakit perlu menjauhi orang yang menghidap batuk dan selesema dan mangamalkan langkah pencegahan seperti menggunakan sanitizer untuk membunuh kuman dan memakai topeng muka macam Gaban (hehe..acah je, topeng muka yang mempunyai 3 lapisan). Penting juga untuk mengelakkan kawasan sesak dan ramai orang kerana lebih mudah terdedah kepada jangkitan.

Pembengkakan Organ dan Nodus Limfa:
Pesakit akan mengalami bengkak pada hati atau limpa, atau kedua-duanya sekali. Pesakit selalu merasa sakit dan senak pada kawasan abdomen. Sel-sel leukemia juga mungkin berkumpul di nodus limfa. Seterusnya kesakitan tu akan berkumpul pada sumsum tulang dan sendi-sendi pesakit.

Prognosis (jangkaan hayat) pesakit pada tahap ni bergantung kepada keadaan keseluruhan pesakit tu. Semakin berusia, peluang untuk 5-year survival semakin rendah. Antara tanda-tanda pada peringkat akhir untuk pesakit AML ialah:

Pendarahan Dalaman:
Disebabkan darah tidak dapat membeku kerana platelet yang semakin berkurang.

Relapse (Pengulangan):
Pesakit biasanya sembuh selepas kemoterapi. Tapi ada kemungkinan penyakit ni berulang semula selepas tu. Pesakit boleh mati jika tidak dirawat dengan pemindahan sel stem. Walaupun dengan pemindahan, pesakit AML yang berulang tetap mempunyai prognosis yang lemah untuk jangka hayat yang lama.

Metastasis:
Kanser merebak ke bahagian badan yang lain. Bagi AML, biasanya akan merebak ke otak. Berlaku pada peringkat akhir penyakit ni. Antara tanda-tandanya ialah sakit kepala yang teruk, sawan, penglihatan semakin kabur, lemah, muntah dan masalah keseimbangan badan. Sel-sel leukemia biasanya akan merebak ke gusi dan terus ke bahagian-bahagian lain dalam badan.

Cuma ada dua cara untuk merawat pesakit pada peringkat (AML-M5) ini, iaitu intensive chemo dan stem cell transplant. Serius entry malam ni. Aku bercerita tentang ni kerana ini yang diterangkan pada aku kelmarin. Sekadar berkongsi ilmu yang diterima, dan supaya aku lebih berjaga-jaga selepas ni. Never give up!


2 comments:

  1. Slam…sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.memusnahkan dan mematikan sel sel kanser mgikut dose yang di gunakan..herba warisan ini terlalu berkesan…daun herba warisan…merawat dan membaik pulih…jangan tunggu sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik merawat.. hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia…herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi… Hubungi saya sgera..nanti sy akn bmbing puan n puan bgaimna hrus d lakukan n tndakn yg tpt plu d buat msa dpt knser n bgai mna hndak rwat kn...boleh sertai grup psakit2 knser sy n mlhat testmni yg amat bnyk...kita bley bbncng bgai mna nk mrawat...sy n psakit2 yg dh smbuh or yg msih d rwat n mkin sht akn bmbing n tnjuk ajar tuan n puan n bg smgt motivasi...jgn kita kseorangan...bla ksorangan...sllu kita akn lmah n down...sertai sy n hbungi sy scpt mkin utk lhat testmni2 mnarik sy cma bntu membantu…sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa…penawar nya telah ada…hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh…jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid…orang ada kanser…saya akan membantu merawat hingga sembuh NAMA SYARIKAT SAYA…..JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    ReplyDelete
  2. jom brubat dgn sy dan sertai grup sy yg trdiri dari pd rmai psakit2 kanser yg dh smbuh dan psakit2 lain yg msih d rwat moga kita akan dpt manfaat bgai mna utk bjuang..smgt..mtivasi n rwatan2 dan bgai mna utk hdpi kimo tnpa bdn lemah2 dan mmpu hbis kn sesi kimo tnpa ksan smpingan kimo yg truk..jom ubt kn n rwatan2 herba utk knser…anda psti tkjut mlhat testmni sbnar yg tllu bnyk dgn plbgai ltar blakng psakit2 n kes2 knser

    ReplyDelete