"Mudah-mudahan Allah ampunkan dosa-dosaku.."
Hari ini kerisauan aku selama beberapa hari ni bertemu jawapannya. Kerisauan yang berasas. Diagnosis dan penjelasan doktor petang tadi mengesahkan punca ketidakselesaan aku beberapa minggu ni. Lepas consultation tadi, termenung kejap kat lobi. Tak sedar pun hujan sangat lebat di luar rupanya. Lebat lagi hujan di hati agaknya..
Terdetik kejap rasa nak berputus asa. Apa guna teruskan rawatan kalau keadaan semakin memburuk. Tapi itulah kerja syaitan kan, di saat hati kita lemah, bersungguh-sungguh dia cuba meragut keimanan kita. Sedih. Susah hati. Takut. Rasa yang perlu dibawa jauh dari hati. Rupa-rupanya tak cukup kuat melawan semua ni sendirian. Dan masa terus menjadi pertaruhan paling mahal dalam hidup aku.
Hepatomegaly (seperti yang dijelaskan kepada aku petang tadi) :Terdetik kejap rasa nak berputus asa. Apa guna teruskan rawatan kalau keadaan semakin memburuk. Tapi itulah kerja syaitan kan, di saat hati kita lemah, bersungguh-sungguh dia cuba meragut keimanan kita. Sedih. Susah hati. Takut. Rasa yang perlu dibawa jauh dari hati. Rupa-rupanya tak cukup kuat melawan semua ni sendirian. Dan masa terus menjadi pertaruhan paling mahal dalam hidup aku.
Hati adalah organ terbesar dalam badan kita. Fungsi utamanya sebagai filter darah, iaitu darah yang beredar dalam tubuh kita ni dibersihkan dan disaring dari bahan-bahan beracun yang masuk ke dalam tubuh kita melalui makanan atau pernafasan. Hati juga antaranya berfungsi menyimpan glukosa, vitamin B12 dan zat besi; membekalkan tenaga dan protein, mengeluarkan hormon dan insulin.
Hepatomegaly merujuk kepada keadaan di mana hati membengkak dan membesar daripada saiz normal. Dalam bahasa mudahnya, bengkak hati. Keadaan ni akan menjejaskan fungsi hati. Bengkak hati disebabkan pelbagai punca. Antaranya pengambilan alkohol tahap Gaban, kegagalan jantung, virus hepatitis dan barah hati. Ia juga merupakan satu keadaan yang akan dialami oleh pesakit leukemia bila sampai ke peringkat tertentu. Macam aku.
Kita tak boleh rasa bila hati kita bengkak, macam kita boleh rasa benjol kat dahi bila terhantuk tiang lampu tepi jalan tu. Tapi ada tanda-tanda atau simptom yang menunjukkan hati semakin membengkak. Dan tanda-tanda ni semakin jelas bila keadaan dan fungsi hati semakin terjejas.
Simptom bengkak hati yang melibatkan sistem pencernaan:
- Rasa senak, kembung dan sakit pada abdomen
- Loya dengan atau tanpa muntah
- Gusi berdarah
- Najis berdarah
- Cirit-birit
- Hilang selera makan
- Cepat kenyang walaupun makan sikit
- Kencing berwarna pucat atau kelabu
- Keletihan
- Demam atau rasa sejuk
- Sakit kepala
- Gatal kulit
- Sakit sendi
- Menstrual irregularities
- Tapak tangan kemerahan
- Kulit dan mata putih menjadi kuning (jaundice)
- Sakit yang teramat sangat pada abdomen
- Perut menjadi terlalu senak dan membengkak
- Perubahan pada mental status atau perubahan tiba-tiba pada tingkah laku, seperti keliru, gelisah, berhalusinasi
- Sukar berjalan
- Tachycardia - rapid heart rate
- Kelesuan yang melampau
- Muntah darah atau berwarna hitam
CT scan of a swollen liver
Maka bertanya aku sekali lagi kepada diri sendiri malam ini:
How much time do we have?
Not a lot.
0 comments:
Post a Comment