Pages

Subscribe:

Labels

Monday, 3 October 2011

Selesai Akhirnya..


Dua hari yang sangat memenatkan. Sangat menguji kesabaran. Tapi juga sarat dengan kenangan. Lupakan kisah-kisah menyakitkan hati, semoga jadi pengajaran buat aku. Jangan lembut hati sangat dengan budak-budak.

Adik-adik tak percaya aku pergi 'Night Walk'. Aku pun tak percaya aku mampu sampai ke bukit tu dan turun dengan selamat, dalam keadaan gelap gelita. Terima kasih, Zila..kerana bersabar dengan aku selama lebih sejam kita di dalam hutan sana. Kalau ada azam dan semangat yang kuat, sakit pun tak terasa, telan ubat tanpa air pun tak rasa apa. Tujuan utama aku ikut ke hutan tu sebab risaukan mulut budak-budak tu yang tak ada insurans. Tujuan kedua sebab nak mencabar diri sendiri. Alhamdulillah, Allah permudahkan. Rasa lebih semangat nak ke Bukit Broga lepas ni.

Duduk bercerita tepi sungai, sambung pulak bercerita dalam sungai sambil berendam..banyak yang dirancang, banyak yang dikenang. Banyak juga benda baru yang aku kenal dan belajar dari Zila dan Zimah. Terima kasih banyak-banyak. Aku harap aku tak terlalu menyusahkan kalian sepanjang kita di sana. Semoga masih ada waktu untuk kita mengulangi semuanya kembali.


Esok pula hari bahagia seorang sahabat. Meraikannya bersama insan-insan tersayang. Selamat berkonvo, Ros. Selesai akhirnya. Lepas ni sambung lagi ye, bukan semua orang diberi Allah peluang dan nikmat ilmu dan rezeki macam kau. Tiada yang lebih membahagiakan bila melihat orang tua kita terus-terusan menjadi saksi kejayaan anak-anaknya. Bukan semua orang juga diberi Allah kesempatan untuk menghadiahkan semua tu kepada orang tua mereka. Syukurlah kau antara yang bertuah itu.  Aku juga berharap sebelum sampai waktuku, aku dapat menghadiahkan sesuatu untuk orang tuaku.

"Saat terindah di kala kau mencari ilmu ialah mengenali siapa Penciptamu".

Banyak perkara yang dah selesai, banyak juga yang masih tertangguh. Rasa cepat betul masa berlalu. Minggu ni aku mengharapkan pertemuan yang aku tunggu selama ni jadi kenyataan. Semoga terjawab semua persoalan. Walaupun aku tahu pertemuan ni bakal membawa kekusutan dalam keluargaku nanti, aku harap semuanya dapat diatasi dengan hikmah dan sabar. Ada hati yang perlu dijaga dan ada hak yang perlu diberi. Moga-moga Allah sentiasa membimbingku dalam membuat keputusan yang betul dan memberi aku kekuatan untuk berdepan segala kemungkinan. InsyaAllah..

 

0 comments:

Post a Comment