Wednesday, 21 November 2012
Mencari Kesudahan Yang Baik
Bersawang. Berkarat. Berlumut. Kalau itu yang boleh terjadi pada blog ini setelah beberapa minggu aku tinggalkan. Keadaan tidak mengizinkan. Alasan paling selamat yang mampu diberi. Ditakdirkan Tuhan banyak yang berlaku beberapa minggu ini. Sayang tak mampu aku ceritakan pada waktu-waktu itu. Dan sudah terlambat untuk dikisahkan kembali. Cerita basi.
Ditakdirkan Tuhan juga aku diuji beberapa ketika akhir-akhir ini. Ujian yang menyebabkan aku lupa password blog dan PIN number bank sendiri. Dan kuasa Tuhan jugalah yang mengingatkan aku kembali kepada nombor-nombor penting ini selepas Subuh tadi. Alhamdulillah. Tepat pada harinya ketika hari ini Allah menguji aku sekali lagi untuk membuat keputusan tentang hidup dan matiku. Cantik kerja Tuhan. Mungkin ini caraNya untuk merawat duka di hati. "Luahkanlah di ruangan ini yang sering kau luahkan isi hatimu dulu..perkara-perkara yang tak mampu kau ceritakan kepada insan-insan yang sangat kau kasihi."
Hampir setahun yang lepas, aku pernah suarakan harapanku di sini, di ruangan ini. Harapan yang kadang-kadang nampak cerah, atau selalunya samar-samar. Tapi kini nampak makin pudar. "Selalu ada harapan bagi mereka yang berdoa. Selalu ada jalan bagi mereka yang berusaha." Nasihat yang pernah aku titipkan buat sahabat yang jauh itu. Kini nasihat itu perlu aku pakukan dalam hati sendiri. Selalu juga menasihati sahabat itu supaya mencari sesuatu yang baik di sebalik setiap ujian yang Allah berikan kepadanya. Maka hari ini nasihat itu harus kembali juga kepada diri sendiri. Kerana aku tahu kita akan selalu diuji dengan apa yang kita nasihati.
Hari ini tewas seketika dengan diri sendiri. Kekuatan yang selama ini cuba dipertahankan, seketika tadi terasa gugur satu persatu, seperti sedang gugurnya daun-daun cantik di bumi indah tempat sahabat itu berjuang mencari ilmu. Dan seperti gugurnya daun-daun itu kerana memberi ruang untuk musim bertukar ganti, maka aku juga harus merelakan kekuatan ini gugur seketika supaya dapat aku kumpul semula kekuatan yang baru, bagi mencari kesudahan yang baik untuk diri ini. Melengkapkan perjalanan hidup seorang manusia yang setiap nafas dan harinya di dunia dipinjamkan Allah buat sementara.
Sehari dua ini harus berusaha mendapatkan kembali kekuatan itu. Mencari semangat yang hilang. Merancang perjalanan hidup yang berbaki sebaik-baiknya. Harus yakin dengan pilihan yang dibuat. And I will continue to pray for a miracle. Juga harus terus tersenyum mendengar cerita-cerita gembira atau turut sama menangis saat mendengar kisah-kisah duka daripada mereka yang aku kasihi. Harus sentiasa ada untuk sahabat itu sekalipun dalam kejauhan. Juga harus sentiasa ada untuk mereka yang dekat di depan mataku ini. Memberi senyum untuk semua dan menyimpan tangis di bahu mereka. Moga-moga dengan melihat senyuman sentiasa terukir di wajah itu, atau melihat tangisan kembali reda di mata itu, atau melihat gelak tawa menghiasi wajah itu, dapat memberi aku semangat dan kekuatan untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. InsyaAllah..
"A smile doesn't always mean a person is happy. Sometimes it simply means they are strong enough to face their problems."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum..
ReplyDeleteInsyaallah, DIA telah menentukan yg terbaik utk kita semua dan yg terbaiklah akan kita peroleh bila sampai saatnya nnt. Stay strong n keep on foghting! ^-^
Thanks for the kind words. Sangat bermakna buat orang seperti saya. Moga2 kesudahan yang baiklah untuk kita semua. Amin..
ReplyDeleteassalamualaikum. mcm mana keadaan awak sekarang? harapnya awk sihat.. sy ada baca sikit entry di blog awak. ttg penyakit awak. sama dengan penyakit ayah arwah saya. sedih sgt sy baca blog ni, sebaldi air mata boleh turun sbb teringat dekat arwah. ayah sy dulu, doktor jangkakan boleh bertahan hidup slama 5 tahun. sbb ayah sy takde penderma sum-sum tulang. memang takde harapan untuk sembuh, dan teknologi dlm bdg perubatan masa tu masih lagi rendah. tapi dia tetap kuat semangat. dia tampil sebgai lelaki yang gagah di depan anak2 walupun pd masa tu dia dah di tahap kronik. doktor kata dia masih boleh bertahan pun atas sbb semnagat dia yg kuat. sebab doktor sndiri dah tak tahu nak buat apa. dah takde cara melainkan chemotherapy yg sgt menyeksakan. tp apapun kat sini, ubat segala penyakitbadalah solat, al quran. berbalik kpd basic, berbalik kpd pencipta. kerana Dialah yg memberi pnyakit dan Dia jugalah yg menyembuhkan. everything comes with reasons. bismillahitawakkaltualallah
ReplyDelete