Sesuatu tu dianggap melucukan bila berlaku ke atas orang lain. Tapi bila terkena pada diri sendiri, ia tak lagi menjadi sesuatu yang melucukan, sebaliknya memalukan. Lebih-lebih lagi bila kekurangan kita terlalu kerap dijadikan bahan gurauan..
Sedaya upaya cuba menutup rasa malu dan rendah diri itu dengan ikut sama ketawa. Walaupun sedar sebenarnya sedang mentertawakan kelemahan diri sendiri. Tapi, tak berbaloi rasanya nak berkecil hati dengan perkara-perkara kecil dan remeh begitu, kan? Jangan menutup seribu kebaikan orang pada kita hanya kerana satu kekhilafan kecil mereka. Maka lama-lama, alah bisa tegal biasa..
Kadang-kadang juga duri-duri kecil menusuk hati bila orang lain cuba melakukan yang terbaik untuk kita, dengan bertindak selangkah ke hadapan daripada kita. Tanpa pengetahuan kita. Mungkin bosan menunggu kita membuat keputusan terhadap sesuatu perkara. Mungkin juga sudah bosan, balik-balik mendengar cerita dan alasan yang sama.
Faham mereka hanya mahukan yang terbaik. Bukan marah pada mereka kerana tahu tindakan mereka itu betul. Tapi marah dan malu pada diri kerana tak mampu tangani masalah sendiri. Harus berterima kasih sebenarnya kepada mereka kerana tidak terus-terusan membiarkan aku mengikut kata hati.
Maka setiap kebaikan mereka itu aku syukuri. Dan aku harap setiap kekurangan aku ini pula mereka redhai. Sesungguhnya kerana merekalah setiap hari aku rasa bahagia..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment