"Bacaan solat yang sempurna. Lulus!"
Seperti jawapan Ustaz Rahman terhadap pertanyaan Delisa, kenapa begitu susah untuknya menghafal bacaan dalam solat:
"Orang yang susah melakukan sesuatu itu kerana hatinya tidak ikhlas. Melakukannya bukan kerana Allah. Tapi kerana hadiah, hadiah, hadiah".
Itu yang terjadi kepada Delisa apabila pada akhirnya ditemukan erti keikhlasan itu. Apabila dia sedar akhirnya dia tidak mahukan kalung itu, tapi hanya mahu solat dengan baik. Supaya dapat berdoa untuk Ummi dan kakak-kakaknya, Tiur sahabatnya, serta insan-insan lain yang telah mendahuluinya. Juga akhirnya dia ikhlas melepaskan ibunya dan menerima hakikat yang bawa Umminya pergi itu bukan pantai, tapi cubaan daripada Allah.
"Walaupun tak ada, kita mesti tetap berusaha. Jangan menyerah".
Pengajaran berguna untuk aku. Yang ada waktu-waktunya kerap mengeluh dan hampir mengalah. Selalu minta dikurangkan ujianNya ke atas aku. Sedangkan seharusnya aku minta pada Allah supaya ditambahkan iman untuk berdepan ujian itu. Lupa bahawa Allah tidak pernah menzalimi hambaNya. Sesungguhnya keikhlasan itu urusan kita dengan Allah. Hanya Dia yang tahu..
Semoga Allah mengampuni dosa-dosa Mama dan Abahku, serta memelihara keduanya ketika hidup dan sesudah mati. Mampukah kita menyayangi mereka seperti mereka menyayangi kita sejak kecil? Sama banyakkah doa kita terhadap orang tua kita, seperti mana mereka mendoakan kita? Semoga masih ada waktu untuk aku membahagiakan Mama dan mendoakan Abah..amin. Dan aku berharap doa Mama sentiasa mengalir di setiap nafasku..
Lagu Ibu - Rafly (OST filem ini)
0 comments:
Post a Comment