AMARAN:
Kandungan post ini mungkin akan buat mereka yang baru nak buat chemo rasa cuak. Tapi niatku bukanlah untuk menakutkan. Ini pengalaman aku. Sekadar menjawab pertanyaan mereka yang ingin tahu. Harap maklum.
Macam mana rasanya masa buat chemo?
Orang selalu tanya soalan tu masa kita tengah melalui hari-hari teruk dengan rawatan kemoterapi. Susah nak terangkan dengan kata-kata. Apa yang terlihat pada fizikal kita cuma sebahagian daripada keseluruhan rasa itu. Hakikat bahawa kita sentiasa dalam kesakitan sebenarnya sangat sukar untuk digambarkan, kerana kita biasanya dibantu dengan macam-macam ubat tahan sakit.
Kesan sampingan chemo lebih teruk dari kanser itu sendiri. Setuju, kan? Tanyalah pada mana-mana pesakit pun. Kanser, biasanya kita hanya tahu dan mengesan kesakitan itu bila penyakit kita dah semakin teruk. Ada orang yang dah sampai tahap akhir baru dia tahu yang dia ada kanser.
But chemo.. It invades every cell in your body by the end of it. Macam nak mati rasanya. Tapi ingin aku tegaskan, tak semua pesakit merasai kesakitan ini sepenuhnya. Ada sebilangan kecil pesakit kanser yang tidak terjejas dengan kesan sampingan chemo ini. Tak perlu ada perasaan macam nak duduk je dalam peti sejuk. Juga tak perlu risau rambut yang lebat semakin hari semakin jarang. Syukurlah kepada mereka yang tak perlu melalui kesengsaraan ini.
Sesi chemo biasanya ambil masa 2-4 jam. Ambil darah, berat badan dan lain-lain prosedur biasa, terus mulakan IV. They fill you with steroids, saline and Benedryl to get your body ready, then the chemo cocktail will take place. Permulaan proses infusion tu, tak rasa apa sangat. Lebih kurang sejam lepas tu, mulalah rasa nak ke tandas selalu. Mula-mula dulu terkejut tengok warna air kencing sendiri (yang melauinya pasti mengerti). Tapi sekarang dah biasa. Cirit-birit atau sembelit juga adalah gangguan perut yang akan selalu dialami nanti.
Tak lama lepas tu, mulalah rasa panas dalam badan. Rasa macam duduk dalam tempayan tandoori kat kedai mamak tu (macam la aku pernah masuk dalam tempayan tu kan..). Perut pedih, dada rasa terbakar, naik ke tekak, terus ke muka. Kepala pun rasa macam ada orang tengah jerang air kat ubun-ubun aku ni. Kulit jadi sensitif. Kadang-kadang orang sentuh pun dah rasa sakit. Tekak perit dan mulut penuh ulcer. Rasa macam nak pergi Tutti Frutti je hari-hari..Even comfort food is not comforting anymore.
Tak selesa perut tu jangan ceritalah. Kadang-kadang rasa dicucuk-cucuk dengan pisau, kadang-kadang rasa senak, nafas pun terasa pendek. Belum kira lagi rasa pening dan loya. Kali ni doktor bagi ubat tahan muntah dengan dos yang kuat. Tapi aku tetap rasa macam berdiri atas perahu kecil di tengah laut dan dilambung ombak (banyak betul guna analogi hari ni..) Kadang-kadang tak rasa lapar pun walau tak makan seharian, sebab rasa sakit di seluruh badan dah menghilangkan rasa lapar itu.
Dan satu rasa yang paling ketara dirasai ialah keletihan yang melampau. Absolute exhaustion. Rasa macam baru lepas masuk pertandingan angkat berat kategori heavyweight kat Sukan Asia (macam la aku pernah masuk pertandingan angkat berat tu..) Tapi begitulah kot perasaannya. Kaki dan perut selalu cramp. Perkara-perkara kecil dan ringan yang tak jadi masalah suatu masa dulu pun dah terasa cukup melelahkan bila dibuat sekarang.
Tidur pun akan selalu terganggu. Orang yang sihat bila dah letih sangat biasanya akan tidur mati. Tapi keletihan akibat chemo tak menjamin kita akan tidur lena kerana kesan sampingan lain yang akan buat kita rasa sakit dan tak selesa. Itu belum masuk bab kesannya pada emosi. Hmm..mungkin akan mengguris hati orang-orang yang dekat dengan kita.
Buat mereka yang selalu bertanya pada aku, inilah yang aku rasa selama menjalani rawatan ini. Tapi sekali lagi aku tegaskan, kesannya tak sama pada setiap orang. Kebanyakannya mungkin akan mengalami apa yang aku jelaskan tadi. Sangat sukar untuk dibayangkan dengan kata-kata (tu yang merepek guna analogi bukan-bukan). Hanya yang merasai akan mengerti..
"Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu.."
Segenggam Tabah - Inteam
0 comments:
Post a Comment