I'm not really the blogging type. Bukan juga jenis yang suka berkongsi rasa dengan semua orang. As I mentioned before, aku menulis semua ni kerana diminta untuk mencuba dan aku akui, dah mula rasa sedikit selesa dan lega dengan benda baru ni. Tak nak simpan berat-berat sangat dalam kepala, luahkanlah semua. I just take things day by day now, make the most of my time..we don't know what lies around the bend. I am thankful for every second of life that I have been given. Sick or healthy, that's life.
Jumaat ni sambung rawatan. Sejujurnya, aku takut dan risau setiap kali nak pergi. Biasanya sehari sebelum hari rawatan, aku akan telefon doktor, tanya macam-macam soalan, nak pastikan aku betul-betul tahu dan faham setiap prosedur yang aku kena lalui, setiap pilihan yang aku ada. When I was first diagnosed with the relapse, I was a mess inside. Sekarang rasanya dah rasional balik kot. Overall, I think I have adapted well. I don't let the disease run my life. I take my pills, call my doctor with questions and queries. Cuma satu je yang aku selalu keberatan, duduk 2-3 jam seminggu sekali kat Daycare Centre, masuk drip untuk infusion ubat dan saline berselang-seli. It's too painful..
Kata doktor siang tadi, rawatan minggu ni akan menentukan prognosis aku. He sounded serious, ni yang mata terkebil-kebil susah nak tidur ni. Tapi apa-apa pun, pilihan tetap ada katanya. Harap-harap begitulah. Esok lusa kalau tiada catatan di sini, maknanya ok la tu, 'no news is good news' kan? Tapi kalau ada pun, tak semestinya tak ok. Right now, all I can say or hope for is; "Tuhan, permudahkanlah.."
0 comments:
Post a Comment