Pages

Subscribe:

Labels

Thursday, 28 July 2011

Satu Sen...



Susah nak jumpa duit satu sen sekarang. Orang pun dah tak guna sebab dah dilupuskan. Adakah kita makin selesa dengan rounding adjustment system ni? Rasionalnya, untung pada peniaga, senang nak dibawa pada pengguna. Win-win situation? Tapi, kalau tak silap baru-baru ni, kerajaan tengah menimbang untuk perkenalkan semula penggunaan syiling satu sen ni, supaya pengguna bayar harga sebenar dan mengelakkan peniaga ambil kesempatan. Back to square one pulak ke? Apa-apa jelah..that's not my point.

Yang aku nak sentuh, cuma secara metaforanya. Setiap kita ini umpama duit satu sen. Bawalah ke mana-mana, apa pun tak dapat dibeli. Tapi kalau satu sen tu adalah syiling yang ke-100, ia dapat mengubah 99 sen yang yang lain menjadi RM1 (Cikgu Matematik merangkap kawan aku, betul tak kira-kira aku ni?)..

Sesungguhnya kita punya pilihan untuk sendirian menjadi satu sen sekeping, atau menjadi pelengkap dan memberi nilai kepada satu sen yang lain. Alangkah bagusnya kalau kita menjadi syiling yang ke-100 tu. Cantik kerja Tuhan kan..

P/S: Tiba-tiba keluar cerita satu sen ni sebab terjumpa bawah katil masa menyapu tadi. Allah tak jadikan sesuatu perkara tu sia-sia. Sekurang-kurangnya supaya kita berfikir..

Wednesday, 27 July 2011

Puasa Untuk Orang Sepertiku

 
 Terjemahannya:

Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.
Surah al-Baqarah, ayat 184

  1. Orang sakit sekiranya dia berpuasa juga akan menambahkan kesakitannya, atau melambatkan sembuh penyakitnya, boleh meninggalkan puasanya, tapi wajib qada' apabila dia sihat.
  2. Orang yang lemah kerana penyakit yang tiada harapan untuk sembuh diharuskan berbuka atau tidak berpuasa langsung. Bagi hari-hari yang ditinggalkan tu, tidak wajib qada', tapi wajib bayar fidyah.   
Penggunaan ubat dan alat-alat perubatan ketika berpuasa:
Bagi pesakit yang menggunakan ubat dan alat-alat perubatan ke atas anggota badan yang berongga seperti mulut, lubang hidung, telinga, dubur (Suppository) dan faraj (Pessary) huraian masalah berkaitan adalah seperti berikut :
Perkara-perkara yang berkaitan dengan rawatan perubatan yang tidak membatalkan puasa ialah: 
  1. Menggunakan ubat titis mata, titis telinga dan cucian telinga (dengan syarat tidak sampai batas gegendang telinga);  
  2. Pil tablet nitroglycerin (GTN) atau ubat yang menyamainya yang diambil secara meletakkannya di bawah lidah tanpa ditelan bagi merawat kesakitan dada (angina pectoris) bagi pesakit jantung;
  3. Melakukan prosedur tampalan gigi, cabutan, pembersihan gigi atau memberus gigi dengan syarat individu yang berpuasa tidak menelan apa-apa bahan semasa prosedur rawatan tersebut;
  4. Semua bentuk suntikan sama ada melalui lapisan kulit, otot, sendi, atau salur darah;
  5. Pendermaan atau pemindahan darah;
  6. Penggunaan ubat-ubatan dalam bentuk sapuan, balutan dan plaster pada permukaan kulit;
  7. Pengambilan sampel darah untuk ujian makmal;
  8. Memasukkan tiub kecil (catheter) melalui salur darah untuk tujuan pemeriksaan seperti prosedur angiogram untuk pemeriksaan jantung;
  9. Pemeriksaan laparoscop, iaitu pemeriksaan dalaman dengan menggunakan alat yang dimasukkan melalui dinding abdomen untuk pemeriksaan bahagian dalaman pesakit;
  10. Berkumur-kumur termasuk berkumur-kumur secara gargle (sehingga air hampir ke tekak), dan ubat teraputik semburan ke mulut yang tidak melibatkan proses menelan;
  11. Menjalani biopsy iaitu pengambilan spesimen atau cebisan yang diambil daripada hati atau organ–organ lain untuk tujuan analisa makmal;
  12. Penggunaan ubat semburan (spray) hidung tanpa disedut;
  13. Rawatan dialisis untuk masalah pesakit buah pinggang sama ada hemodialisis atau peritonealdialisis;
  14. Menjalani rawatan bius setempat atau separuh (local) dengan semburan atau suntikan setempat; dan
  15. Penggunaan ubat buasir dengan memasukkan semula kawasan buasir pada tempatnya tanpa melibatkan kawasan rongga yang dalam.
Perkara-perkara berkaitan dengan rawatan perubatan yang membatalkan puasa:
  1. Penggunaan alat sedutan (inhaler) untuk rawatan lelah (athma) atau penyakit paru-paru kronik;
  2. Memasukkan sebarang tiub kecil (pessary) atau ubat ke dalam faraj (vaginal suppository) termasuk prosedur cucian (wash), pemeriksaan dalaman vaginal (vaginoscope), atau pegawai perubatan memasukkan jari untuk melakukan pemeriksaan dalaman vagina wanita;
  3. Memasukkan sebarang tiub catheter, alat pemeriksaan dalam saluran kencing (urethroscope), barium atau ubat pencuci yang dimasukkan sama ada ke dalam saluran kencing bagi lelaki atau wanita (contohnya memasukkan ‘urinary catheter’ untuk rawatan sumbatan salur kencing);
  4. Penggunaan alat seperti enema, tiub suppository, teropong protoscope atau jari pegawai perubatan yang dimasukkan ke dalam dubur atau rectum untuk pemeriksaan;
  5. Penggunaan teropong usus (endoscope) atau teropong perut (gasteroscope) untuk tujuan pemeriksaan sistem penghadaman; dan
  6. Penggunaan bius menyeluruh yang melibatkan penggunaan gas.
Sumber: Buku Panduan Puasa Bagi Pesakit oleh JAKIM


Pengubahsuaian waktu pengambilan ubat ketika berpuasa:
Sila rujuk doktor dahulu untuk menentukan kesesuaian dan keperluan kita (berbeza mengikut penyakit dan pesakit):


Jika Arahan Mengambil Ubat…..
Anda boleh
Sekali sehari sebelum atau selepas makan
Ambil sebelum atau selepas bersahur

Kalau ingin mengambilnya semasa berbuka:
Jika arahan sebelum makan, berbuka dahulu dengan air dan buah tamar dan ambil ubat. Ambil makanan utama selepas 20 hingga 30 minit kemudian.

Jika arahan selepas makan, ambil ubat selepas berbuka. Adalah digalakkan untuk berbuka dengan air dan buah kurma, rehat atau solat maghrib dahulu, baru makan makanan utama dan ambil ubat 20 hingga 30 minit kemudian.

Amalkan masa yang sama setiap hari  semasa mengambil ubat dalam bulan Ramadhan.

Dua kali sehari selepas makan

Ambil ubat sekali  semasa  bersahur dan  sekali sehari selepas berbuka.

Dua kali sehari sebelum makan

Ambil ubat sebelum sahur dan berbuka dahulu dengan air dan buah kurma dan ambil ubat. Selepas itu, baru makan makanan utama. (Makan ubat sebelum mengambil makanan utama dalam selang masa
satu- setengah jam).

Tiga kali sehari selepas makan 
Ambil ubat selepas berbuka, sebelum tidur sekitar pukul 12  tengah malam dengan minuman dan selepas bersahur.

Tiga kali sehari sebelum makan

Sama seperti di atas tetapi sebelum makan
Setiap lapan jam

Kalau tiada pilihan dan penyakit anda tenat atau tidak stabil, patuhilah arahan doktor anda


Monday, 25 July 2011

Seandainya Ini Ramadhan Terakhirku


Syukur, beberapa hari lagi tibanya Ramadhan. Tahun lepas aku dapat sempurnakannya dengan beberapa hari pengecualian ABC (Allah Bagi Cuti hehe). Alhamdulillah dapat diganti puasa yang tertinggal itu. Tahun ini kalau ada rezekiku bertemu Ramadhan lagi, keadaan mungkin berbeza. Kudrat kali ni tak sekuat Ramadhan yang lepas. Entah mampu ataupun tidak aku sempurnakan Rukun Islam ketiga ini.

Makin hampir bulan yang penuh rahmat dan keberkatan ini, hati gembira, kadang-kadang sayu. Gembira sebab tak sabar merebut fadhilat bulan mulia ini. Tapi ada waktunya datang sayu, membayangkan seandainya inilah Ramadhan terakhir untuk aku. Sahur terakhir, iftar terakhir, tarawih terakhir, tadarus terakhir..mungkin juga takbir yang terakhir.. Moga-moga ada lagi kesempatan untukku.

Ya Allah, kalau sudah tertulis Ramadhan ini yang terakhir untuk hambaMu, berilah aku kekuatan dan kesihatan untuk menunaikan ibadahMu semampuku. Berilah aku ketenangan dan kelapangan untuk menghabiskan bacaan kalimah-kalimah suciMu. Berikanlah juga kegembiraan dan kesyukuran setiap kali aku bersahur dan berbuka keranaMu. Sungguh Kau Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani, amin..


Albi Nadak..Tamally Maak (Seruan Hatiku..Sentiasa Bersamamu)..

Terima kasih kepada seseorang yang menghantar lagu-lagu ni semalam. Membangkitkan semula rasa rindu yang hampir padam..kerana lagu-lagu ni suatu masa dulu pernah membahagiakan.

Albi Nadak - Fares


Tamally Maak - Amr Diab

Friday, 22 July 2011

'Potluck' Aku..


Hari ni kat sekolah ada buat potluck. But I had to rush for my appointment, my own 'chemo potluck'..a little bit of this and that..

Macam biasa,ambik berat badan, tinggi dan blood count dulu untuk tentukan dos ubat. Bila ubat dah ready, masuk drip, telan ubat anti-sickness, dan bila masuk je ubat dalam salur-salur darah aku ni, aku pun tidur sampai habis. Terjaga bila nurse tukar beg IV dan nak ke tandas je. Letih sikit hari ni, malas nak berbual dengan sesiapa dan baca apa-apa.

Kombinasi hari ni (selang-seli dengan saline):
  • Ara-C (anti-metabolites), 20cc, lebih kurang 20 minit baru habis
  • Daunorubicin (anti tumour antibiotic), 20cc, dalam 15 minit
Sebelum balik doktor bekalkan 1 beg penuh ubat untuk kawal side-effects, oral chemo (10mg idarubicin), pamphlets, numbers to call if i don't feel ok between times, etc. Sementara badan rasa ok sikit (mata pun dah macam mata Garfield), terasa nak catatkan sesuatu kat sini. Belum tentu malam-malam seterusnya nanti aku mampu nak post apa-apa. Ya Allah, ringankanlah beban yang ku tanggung ini. Hanya Kau Yang Maha Mengetahui apa yang ada di dalam hati dan apa yang aku sembunyikan di dalam hatiku, amin.

Dari Tafsir Ar-Rahman, Surah Al-Baqarah ayat 284 - 286:
  1. Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu.Kemudian Ia mengampunkan sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendaki Nya (menurut undang-undang peraturanNya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
  2. Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Allah s.w.t., dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain dari Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: “Kami dengar dan kami ta’at. (Kami pohonkan) keampunan-Mu wahai Tuhan kami, dan kepada-Mu jualah tempat kembali”.
  3. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdo’a dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.

Wednesday, 20 July 2011

Pulanglah..

"Kenapa tiba-tiba je Ma nak balik malam ni? Kan dah plan nak balik Jumaat je?"

"Ma rindu sangat dah kat Nyai.."

"Berani ke nak balik sorang-sorang ni? Naik train pulak tu.."

"Ala..cubalah dulu. Along juga yang bilang aritu kan, kena belajar bikin apa-apa sendiri. Nanti kalau Along takde macam mana? Ha..ni Ma nak belajar indipendent la ni.. (senyum meleret)".

Aku termenung panjang. Rasa bersalah lepaskan Mama balik Singapore sendiri. Ayat Mama yang akhir tadi betul-betul buat aku rasa berdosa. Mama dah tau ke pasal aku? Atau mungkin dia terasa dengan gurauan aku aritu. Janganlah hendaknya Mama kecik hati dengan aku..

Mudah-mudahan Allah mudahkan semuanya untuk Mama, selamat pergi dan kembali. Semoga sihat selalu kat sana nanti, bahagia tu dah tentu. Jangan lupa balik sini dah la, tak lama lagi nak puasa ni. InsyaAllah, selamat semuanya, amin.

Tuesday, 19 July 2011

The Battle Has Begun

Hari ni hari pertama aku guna ubat baru. Oleh kerana kromosom aku (Ph + AML) sepadan dengan kromosom yang ada pada pesakit CML (chronic myelogenous leukemia), maka doktor cadangkan makan ubat yang diorang guna untuk merawat CML, 400mg sehari. Doktor awal-awal dah bagitau, treatment for AML is very complex and time consuming. Kena banyak sabar dan terima segala kemungkinan. IV (outpatient basis) and total body radiation will still be going on. Harap-harap kombinasi kali ni berhasil. Hmm, macam main Rubik's Cube pulak..

Most common side effects for this treatment:
Anxiety; constipation; cough; diarrhea; dizziness; gas; hair loss; headache; increased tear production; joint pain; loss of appetite; mild muscle cramps or pain; mild stomach pain; nausea; night sweats; nose and throat irritation; stomach cramps or upset; stuffy or runny nose; taste changes; tiredness; trouble sleeping; vomiting; weakness.

Severe side effects (seek medical attention right away):
Severe allergic reactions (rash; hives; itching; difficulty breathing; tightness in the chest; swelling of the mouth, face, lips, or tongue); black, bloody, or tarry stools; bone pain; change in the amount of urine produced; chest pain; chills, fever, or sore throat; confusion; dark urine; depression; fast or irregular heartbeat; mouth pain, sores, or swelling; muscle pain, weakness, or cramping; one-sided weakness; pale stools; red, swollen, blistered, or peeling skin; severe or persistent headache; severe or persistent stomach pain; severe tiredness or weakness; shortness of breath; slurred speech; sudden, unusual weight gain; swelling of the hands, feet, ankles, or around the eyes; trouble swallowing or talking; unusual bruising or bleeding; vision problems; vomit that looks like coffee grounds; yellowing of the eyes or skin. Huh, scary!

I'm doing my best, let Allah do the rest. Hari ni tak rasa apa sangat lagi. Harapnya berterusanlah begini untuk beberapa hari lagi, sekurang-kurangnya sampai Mama balik Singapore. Pening, letih tu biasalah. Tekak ni memang dah tak merasa apa..bosan! Kat sekolah tadi cuma mampu merasa tekstur lembut cheese cake Tina  dan choc cake Ros (kek coklat ialah makanan kegemaran Adolf Hitler. Tak caya cuba baca biografi dia).  Huhu..cuma mampu bayangkan rasanya..so sad! Perlahan-lahan Allah tarik nikmat hidup. Sabarlah diri, ingat orang lain yang Allah uji lebih hebat lagi.

 "Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim". Surah al-Anbiya', ayat 87

Doa yang dianjurkan untuk dibaca ketika kita hampir putus asa. Sesungguhnya keyakinan tu adalah ubat. Mudah-mudahan Allah tetapkan imanku, mudahkan perjalananku, ringankan sakitku dan terima taubatku, amin.

Monday, 18 July 2011

Kita Milik Tuhan..

Berita kematian Ahli Parlimen Titiwangsa, Allahyarhamah Dr. Lo'lo' Mohd Ghazali kerana kanser malam tadi menjentik sikit perasaan aku. Teringat pepatah Cina; tak nampak keranda, tak menitis airmata. 4 bulan lepas, Allahyarham kak June yang selalu aku jumpa masa rawatan di Daycare Centre pun pergi dengan cara yang sama. Oleh kerana biasanya katil atau reclining chair kami bersebelahan, kami selalu berkongsi cerita. Setiap kali dengar berita kematian seseorang kerana kanser, hati mesti tersentuh. Bila pula giliran aku? To all cancer fighters and warriors out there, we always have two choices: give up or fight like hell. I chose to fight.

Aku pilih untuk melawan, dengan cara dan perancangan aku sendiri. Tapi aku redha, akhirnya nanti tiada siapa pun yang dapat melawan perancangan Allah. Hari ni aku putuskan untuk terima cadangan doktor. Baik buruknya nanti biarlah Allah yang tentukan. Kalau elok, sembuhlah. Kalau tidak, biarlah kembali dengan cara yang sempurna. Kita ni milik Tuhan, setiap nafas pun dipinjamkan Tuhan. Apalah hak aku untuk meminta lebih daripada yang sepatutnya aku terima.

Pakcik-pakcik aku masih tak setuju dengan jalan yang aku pilih ni. Berkeras mahukan aku berbulan-bulan di hospital dengan hasil rawatan yang lebih kurang sama je kalau aku teruskan dengan cara sekarang. I know they care. Tapi bukan tu kehendak aku. Kalau aku ada setahun dalam keadaan normal begini, dapat jalankan kewajipan aku pada Tuhan dan siapkan keperluan dunia akhirat macam orang lain, kenapa mesti aku pilih hidup setahun dalam keadaan terbaring, macam barang pameran, orang datang silih-berganti, hanya untuk meneman dan tunjuk simpati?

Dalam forum-forum yang aku sertai, ramai yang berkongsi pilihan yang sama dengan aku. They are ok now, no regrets, live life to the fullest. I know this is hard, but it's worth trying. Sangat susah sebenarnya bila siang cuba hidup macam orang lain, tapi malam banyak ketikanya bergelut menahan sakit dan bangun pagi dalam kepayahan. Kadang-kadang bila nak pejamkan mata, mesti bimbang lenaku nanti tanpa terjaga. Anyway, fear can keep us all night long, but faith makes one fine pillow (Philip Gulley).

Kalau kita faham kita ini milik Tuhan, sewajarnya kita juga bersedia bila-bila masa pun kita boleh dijemputNya. Yang penting bukannya bila kita mati, tapi macam mana kita hidup. Kerana itu yang akan menentukan akhir nafas kita nanti..mudah-mudahan husnul khatimah, amin.

P/S: Sesungguhnya mati itu pasti, hidup ini yang insyaAllah (belum tentu).

Sunday, 17 July 2011

Harapan Menjadi Doa

When the world says, 
"Give up,"
Hope whispers, 
"Try it one more time."

Ada waktu-waktunya hati bertanya, kenapa doaku belum dimakbulkan Allah? Adakah doaku tidak diterima, atau mungkin belum sampai waktu dan ketikanya? Tak ada seorang hamba pun yang memohon pada Penciptanya tanpa mengharapkan doanya itu menjadi nyata. Dulu Abah selalu ingatkan aku supaya sentiasa bersangka baik dengan Allah dalam apa jua keadaan. Sebab kasih sayang Allah mendahului kemurkaanNya.  Allah tak pernah jauh. Kita yang selalu menjauhiNya.

Bila Allah cepat makbulkan doa kita, tanda Dia sayang pada kita.
Bila Allah lambat makbulkan doa kita, maknanya Dia sedang menguji kita.
Bila Allah tak makbulkan doa kita, bukan ertinya Dia tak sayang hambaNya.
Tapi kerana Dia telah menyediakan sesuatu yang lebih baik daripada yang kita minta.

Abah juga selalu pesan, kadang-kadang kita mungkin putus asa dengan manusia, tapi jangan sesekali putus asa dengan Tuhan. Dan dalam keadaan aku perlu membuat keputusan yang akan mempengaruhi masa depan aku ni, aku sangat-sangat berharap dapat buat keputusan yang betul. Harapan yang aku sandarkan dalam bentuk doa, dengan suara dan hati yang paling rendah.

Sesungguhnya takdir Allah itu indah..

Thursday, 14 July 2011

Dugaanku...

Hatiku dipanah mimpi
Jiwaku yang suram
Malam yang panjang ini
Aku bersendirian

Merenung kehidupan
Memikir kesudahan
Pada siapakah hendak kucurah
Keresahanku

Aku berpaut pada
Sejengkal tali cuma
Itulah yang ada
Sementara aku hidup di dunia ini

Inikah dugaanku
Inikah kesempatan
Haruskah ku terus
Atau membiarkan ianya berlalu

Dekat di depan mata
Berat meluah kata
Kupendam segala apa dirasa
Sekian lama ini

Apakah kita nanti 
Tiada dapat serasi
Ataukah hanya aku bermimpi 
Untuk memiliki

Kesempatan yang datang
Tiada ketentuan
Haruskah ku memandang di kejauhan
Tak kesampaian

Sering terbayang-bayang 
Tinggi lagi harapan
Apakah ku sempat ataupun tidak
Untuk bersamamu

Aku Sebutir Pasir

Dengan dada yang terbakar
Dan seluruh tubuh yang menggeletar

Tuhan..
Aku menyimpuh taubat
Atas nama kealpaanku
Cuba menggenggami
Segala milikMu

"Menarik nafas cuma pun
Tak bisa engkau lakukan
Jika bukan restuKu"

Tuhan..
Aku sebutir pasir
Di hujung jariMu

Monday, 11 July 2011

Aku Redha..


Sebuah lukisan dapat mentafsirkan segalanya. Sebuah cerita dapat menjelaskan semuanya. Sebuah pengalaman dapat memberikan hikmahnya. Tetapi sebuah derita tidak dapat dirasai bersama..kerana sebuah derita itu bukanlah lukisan cerita pengalaman, yang mudah dan indah..

Sunday, 10 July 2011

Cerita Raja Arab Saudi..renung-renungkan

Aku ada satu cerita mengenai almarhum Raja Abdul Aziz Al Saud, pengasas negara Arab Saudi dan menjadi Raja Arab Saudi pada tahun 1932. Baginda lahir pada 1876 dan mangkat pada 1953. Semua Raja Arab Saudi selepasnya adalah anak-anak baginda. Yang memerintah Arab Saudi sekarang ialah Raja Abdullah ibn Abdul Aziz Al Saud. Ceritanya begini:

Semasa baginda baru menjadi Raja, ada usaha untuk mengadakan stesen radio di Arab Saudi. Pada mulanya baginda tak setuju kerana pada anggapan baginda, radio adalah alat syaitan yang boleh merosakkan rakyat Arab Saudi.

Bagaimanapun pada suatu hari, pihak yang mahu mengadakan stesen radio tu telah membawa sebuah peti radio ke istana. Di hadapan baginda lalu dipancarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran melalui radio tersebut. Baginda yang kehairanan lalu bertanya dari mana datangnya suara orang mengaji tu.

Apabila ditunjukkan bahawa suara orang mengaji itu datang dari radio tersebut, baginda terus mengubah fikiran. Sejak tu perkhidmatan radio mula beroperasi di Arab Saudi sebagai alat komunikasi.

So, apa yang aku belajar dari cerita tadi? Betapa penemuan atau ciptaan baru sains kadang-kadang sukar diterima, malah ada yang anggap bidaah dan haram disebabkan kita meraguinya kerana kita tidak memahami kebaikan yang boleh dimanfaatkan daripada penggunaannya.

Radio hanyalah satu hasil kemajuan sains yang membolehkan kita berkomunikasi secara cepat dan meluas, termasuk berdakwah. Memanglah ia juga boleh digunakan untuk lain-lain tujuan yang tak baik. Tengok jelah apa jadi dengan kemajuan internet sekarang kan. Raja Abdul Aziz tu seorang yang warak, mungkin pada mulanya dia menolak radio kerana ragu-ragu. Sebab Islam mengajar kita supaya meninggalkan sesuatu yang diragui.

Tapi rupa-rupanya keraguan tu tak berasas  kerana masa tu baginda belum mempunyai pengetahuan yang lengkap mengenai radio. Keraguan baginda lebih berasaskan sangkaan. Maknanya kita tak bolehlah tergesa-gesa menolak sesuatu penemuan atau ciptaan baru sains. Tengoklah akibat tidak menguasai sains, umat Islam hari ni cuma menjadi masyarakat pengguna. Betul, kan?

P/S: Pendapat Imam al-Ghazali, tidak semua bidaah tu dilarang, kecuali perbuatan tu jelas bertentangan dengan hukum agama.

Orang Yang Bahagia..


Orang yang bahagia itu..

Akan selalu menyediakan waktu untuk membaca
kerana membaca itu sumber hikmah

Menyediakan waktu untuk tertawa
kerana tertawa itu muziknya jiwa

Menyediakan waktu untuk berfikir
kerana berfikir itu pokok kemajuan

Menyediakan waktu untuk beramal
kerana beramal itu pangkal kejayaan
Menyediakan waktu untuk bersenda
kerana bersenda itu akan membuat selalu muda

Dan menyediakan waktu untuk beribadah
kerana ibadah itu adalah ibu segala ketenangan jiwa.

Homework Jokes

Great excuses for not doing your work:
  • " I didn't want to add to all of the work you have already, teacher ".
  • " I lost it while fighting this kid that said you weren't the best teacher in school ".
  • " My pet hamster had babies, and she used it to make a nest ".
  • " All of the electricity in our house suddenly went out, and I had to burn it to make a torch so I could see the fuse box ".
  • " I didn't want to make everyone else  in the class look bad ". 
P/S: My dear pupils.. the dictionary is the only place where SUCCESS comes before WORK. Hard work is the price we must pay for success. 

Friday, 8 July 2011

Tentang Bahagia

" Kebahagiaan itu tidak ada dijual di pasar raya. Kebahagiaan itu sesuatu yang subjektif. Gagal atau berjaya dalam hidup itu bergantung kepada hidup seseorang. Apa yang membahagiakan kita mungkin tidak kepada orang lain. Itu sebabnya kita harus hidup dengan nilai-nilai yang baik.

Semua orang mahu jadi kaya-raya. Kita boleh kaya dengan merompak bank, tapi itu bukan nilai yang baik. Jadi nilai baiknya ialah kita harus bekerja kuat. Tetapi akhirnya, kalau kita ada duit yang banyak sekalipun, apa yang kita boleh buat dengan duit itu? Berapa banyak yang kita boleh makan dalam sehari dengan duit yang banyak itu?

Adakah kita mahu jadi seperti Alexander the Great yang hanya sedar tentang makna hidup ini selepas kuda kesayangannya, Bucephalus mati? Dia tidak pernah sedar dia telah membunuh banyak orang dan dia sendiri sebenarnya suatu hari akan mati.

Itu masalah dengan kita semua. Kita pergi ke pengkebumian orang tetapi kita fikir hanya orang itu yang mati, bukan kita suatu hari nanti. Kalau kita sedar tentang itu, kita akan hidup dengan seadanya dan sudah tentu kita akan gembira dan berbahagia".
-Tan Sri Dr. M. Mahadevan

Hidup Satu Perjuangan

Akhirnya aku dapat kekuatan untuk terus menulis. People don't wait to tell good news. 3 hari ni aku tercari-cari semangat yang hilang. Selasa lepas, semangat dan keyakinan aku direntap sekejap saat terima panggilan dari hospital. Laporan awal dari lab agak  mengecewakan. Tak puas hati atau sebenarnya nak sedapkan hati sendiri, aku minta ujian tu dibuat semula. Mungkin Isnin depan akan siap keputusannya. Dan malam tu aku menangis lagi..

Sedih, kecewa, susah hati, takut pun ada. But then I came to realize that life must go on. Kalau berani bermain dengan harapan, kena juga bersedia dengan takdir Tuhan. Aku terima ini sebagai ujian Allah. Doktor dah terangkan sikit tentang pilihan yang aku ada, masih ada harapan katanya. InsyaAllah. Sehari dua ni dapat feedback dan nasihat-nasihat berguna dari teman-teman 'seperjuangan' (Kak Ruby dan Madam Tham yang cekal berjuang untuk hidup). Pengalaman diorang walaupun menakutkan dan menyakitkan, boleh aku jadikan panduan bila berdepan dengan situasi sama nanti.

Buat kawan-kawan yang dah tahu tentang ni, maafkan aku kerana terpaksa luah kerisauan aku pada korang. Kadang-kadang tak dapat sembunyi juga kesedihan di hati. Aku harap tak akan menyusahkan mereka lebih daripada kebaikan yang sepatutnya aku beri sebagai seorang kawan. Seboleh-bolehnya aku tak nak orang rasa susah berkawan dengan aku.

So, kena lebih berhati-hati dan jaga diri lepas ni. Berhenti menangis, terus berharap, takkan putus asa dan jangan putus doa. Bila kita berdepan dengan ujian dan masalah, kita ada pilihan sebenarnya untuk berdepan ujian tu dengan senyuman di bibir atau kerutan di dahi kan. Either way, kita tetap kena hadapi dugaan tu. Cakap senang, nak buat yang payah, tapi aku akan cuba. Tiada siapa pun boleh berpatah balik untuk sebuah permulaan yang baru. Namun kita boleh melakukan sesuatu dari sekarang untuk sebuah pengakhiran yang baik. Harap-harap takdir dan waktu masih berpihak pada aku, amin..

Faith makes all things possible,
Hope makes all things work,
Love makes all things beautiful. 

Wednesday, 6 July 2011

...

Doa adalah lagu hati yang membimbing ke arah singgahsana Tuhan, meskipun ditingkah oleh suara ribuan orang yang sedang meratap - Kahlil Gibran

Monday, 4 July 2011

Sekali Lagi..

Baru balik tengok cerita 'Sekali Lagi' dengan Ros dan Zila. Komen? Tak tau nak cakap la, sebab dua kali aku tertidur tadi hehe.. Cerita tu ok je kot, biasa-biasa je kata Ros dan Zila. Dah lama tak buat perangai tidur masa tengok wayang. Lagi pun tak bawak mata extra, tak nampak clear sangat la muka Lisa, Shaheizy Sam dan Mia yang comel tu.

Esok dah mula sekolah.. Berdebar, risau, susah hati tunggu result dari hospital. Harapnya kesibukan dapat melupakan aku sekejap dari kerisauan ni. Adios!

Sunday, 3 July 2011

A Teacher's Prayer

I want to teach my students
How to live this life on Earth
To face its struggles and its strive 
And improve their worth

Not just the lesson in a book
Or how the rivers flow
But how to choose the proper path
Wherever they may go

To understand the eternal truth 
And know the right from wrong
And gather all the beauty
Of a flower and a song

For it helps the world to grow
In wisdom and grace
Then I shall feel that I have won
And I have filled my place

And so I asked your guidance, God
That I may do my part
For character and confidence
And happiness of art...


Buku Yang Aku Suka Baca


Aku sangat suka baca buku. Books are my silent conversation. Tapi genre buku yang aku paling tak suka ialah novel dan fiksyen. Aku tak pernah baca novel sampai habis, not a single book. I've tried for so many times, but I couldn't find  my passion there. Tunjuklah best-selling novel pun depan mata aku, selera nak membacanya tetap tak ada. Kenapa ntah..tapi aku suka je tengok movies yang diangkat dari novel dan buku-buku fiksyen - LOTR, Harry Potter, A Walk To Remember, Laskar Pelangi, Ketika Cinta Bertasbih, etc.

Buku yang aku suka biasanya tentang biografi, sejarah, politik dunia, isu-isu semasa. Sebab tu ada dua rak buku kat rumah ni, satu khas untuk buku-buku aku, yang adik-adik dan orang lain takkan sentuh dan teruja pun nak baca..boring kata diorang. Rak lagi satu yang paling laku sebab kat situ ada semua koleksi novel yang adik kumpul dan buku-buku 'menarik' yang lain. So, aku nak share antara buku yang aku suka baca dan dah baca berulang kali.

  • The Art of War, Sun Tzu - Abah pengaruh aku untuk baca buku ni. Buku ni tentang taktik dan strategi perang China kuno, yang ditulis oleh seorang jeneral dan strategist masa pemerintahan Kerajaan Wu. Pernah dengar pasal 'Seven Military Classics'? Nak tau, kena baca la buku ni. Menariknya, walaupun ini tentang strategi perang, ramai taikun bisnes terkenal apply strategi ni dalam perniagaan diorang.
  • The Clash of Civilizations, Samuel P. Huntington - Lepas baca buku ni aku semakin faham kenapa Barat sangat takut dengan peradaban Islam dan diorang sentiasa cuba menyekat atau menentang sebarang bentuk kebangkitan yang akan muncul dari peradaban kita ni.     
  • The Prophet, Kahlil Gibran - Abah bagi buku ni masa aku Tingkatan 4. Jatuh cinta dengan buku ni. Kahlil Gibran was a genius. 26 beautiful poetic essays. Nadhirah kata The Broken Wings pun best. Must read!
  • Malaysia Dalam Peralihan (Ceritalah 1) & Menjajat Asia Tenggara (Ceritalah 2), Karim Raslan - bila baca buku ni, rasa macam mengembara sekali dengan beliau. 
  • Mengemudi Bahtera Perubahan Minda & Bicara Buat Pemimpin dan Rakyat, Mohd Asri Zainul Abidin - Bekas Mufti Perlis yang sangat aku hormati dan kagumi. Dulu tak pernah miss baca tulisan dia dalam Mingguan Malaysia. Hujah dia bernas, pemikiran dia segar. Aku tak faham kenapa orang mesti melenting dan tak senang duduk dengan pandangan beliau..kena batang hidung sendiri kot.
  • Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir atau Kurang Zikir?, Pahrol Mohamad Juoi -  penulis dakwah kegemaran aku selepas Dr. Asri. Susah sebenarnya nak 'mengIslamkan' orang Islam. 
  • Days That Changed the World, Hywel Williams - cerita secara detail tentang setiap peristiwa yang menjadikan dunia kita sebegini rupa hari ni. Salah satunya bagaimana peristiwa kewafatan Rasulullah s.a.w mencorakkan peradaban Islam hari ni.
  • The Other Malaysia, Farish A. Noor - antara intelektual terkenal dan kontroversi kat Malaysia. Mengupas sejarah Malaysia dari sudut berbeza. Tentang Sultan Abu Bakar (Johor), Ibrahim Yaakob, Faridah Hanum, tentang politik dan polisi. 
  • What They Didn't Teach You About World War II, Mike Wright - inspiring stories about the heroes, the villains dan orang yang mengaku dirinya hero dalam perang. Aku obses sikit dengan sejarah Perang Dunia ni. Buku dia tentang Civil War dan American Revolution pun best. 
  • As I  Was Passing dan As I Was Passing II, Adibah Amin - buku yang sangat santai. Kisah-kisah menarik dan lucu yang berlaku setiap hari, tentang orang biasa-biasa dan orang-orang yang dekat dengannya. She's rock! 
  • The Malay Dilemma, Mahathir Mohamed - rugi kalau orang Melayu tak baca buku ni. Buku Tun Dr.  Mahathir yang terbaru, A Doctor in the House pun best. I have to admit, kerana beliaulah orang tahu mana letaknya negara kita dalam peta dunia.
I have a long-list of my all-time favourites, like Tuesdays With Morrie, The Last Lecture, Mein Kampf.. tapi cukup dulu la ni.. Betul la adik-adik cakap kot, kebanyakan buku-buku aku ni alien pun fikir dua kali nak baca. Cakaplah apa pun, ada aku kisah? Hehe..asalkan aku bahagia membacanya, peduli la nak cakap apa.. pun.

Saturday, 2 July 2011

Tentang Aku..

Hari ni dah 1 Syaaban. Sebulan lagi datang Ramadhan. Harapnya dapatlah aku sempurnakan ibadah puasa dalam keadaan sihat nanti, insyaAllah. Dah sebulan rupanya umur blog ni. Totally unexpected. Masa dicabar hari tu, aku bagi tempoh paling lama pun seminggu je untuk blog ni bertahan, sekarang dah sebulan..not bad. Patut ke aku teruskan? Kena renung-renungkan semula ni..

Semalam buat treatment macam biasa, stronger drugs with low doses. Sebelum tu buat MRI dan 3 lagi ujian lain-darah, genetik dan analisis mutasi. Syukurlah keputusan MRI clear, so far tak ada apa-apa abnormalities yang memungkinkan myeloblasts tu dah sampai ke otak. Tapi yang lain dalam masa seminggu ni baru tahu. Lepas infusion semalam, nurse bagi 1 alat, namanya pentamidine instrument. It is the easiest of my treatments. I get to do it once a month and all I have to do is breath. It is a preventive measure against pneumonia. Lambat jugalah habis semalam, bincang lama dengan doktor. At first he resisted giving me percentage options of my long-term survival as they vary depending on many factors. Tapi berpandukan subtype aku sekarang, akhirnya dia bagitau "5-year survival rate" aku tak lebih 60%. But my personal prognosis is quite good, however. If all the tests come up with positive results, I have a good chance of complete remission

Banyak guna medical terms malam ni, I'll explain later. Jujurnya, risau jugalah nak menunggu keputusan minggu ni. Tapi bak kata Nadhirah, "Have faith. There is hope in it". Ya Allah, ringankanlah sedikit ujianMu ini untukku. Tenangkanlah dan tanamkan redha dalam diriku untuk menerima segala ketentuanMu. Waktu-waktu begini, aku sangat perlukan doa seorang ibu. Kalaulah dia tahu..not now, not yet. Tapi aku yakin, Mama sentiasa doakan yang baik-baik untuk anak-anaknya.

Hmm..badan masih rasa kesan sampingan rawatan semalam. Siang tadi 2 kali muntah kat sekolah. Ulcer kat tekak ni rasa dah kurang sikit, tapi masih seksa jugalah rasanya bila nak menelan benda, especially time makan ubat. Mujurlah doktor bekalkan liquid nutrients and supplements, kalau tak mahu kurus aku sebab tak lalu makan macam ni. He also gave  me stronger pain relief to take when I'm in pain. Kenyang telan ubat jela nampaknya.. Hari ni solat duduk, sebab rasa pening lagi. Malam ni cuba tak ambik ubat tahan sakit, harapnya dapat la tidur malam ni dan tak susah pula nak bangun pagi esok. Sekarang badan dah mula rasa panas macam nak demam, kena tidur awal malam ni. Semoga hari esok lebih baik untukku, amin.

  • MRI - nama penuh mesin ni Magnetic Resonance Imaging. Alat diagnostik terkini untuk periksa dan kenalpasti setiap bahagian tubuh kita. Mesin ni guna medan magnet dan gelombang frekuensi radio. Lebih selamat sebab tak guna X-ray dan bahan radioaktif.
  • Myeloblasts - sel darah putih tak matang yang sangat banyak tapi tak ada gunanya yang dihasilkan oleh sum-sum tulang dan bermaharajalela dalam saluran darah pesakit leukemia.
  • Pentamidine instrument - inhale treatment untuk mengelakkan pneumonia. Macam nebulizer untuk orang yang ada asma.
  • Subtype - peringkat/tahap untuk leukemia yang menentukan sejauh mana penyakit tu berkembang. Kanser biasanya ada 4 tahap. Tapi untuk leukemia, lebih spesifik lagi Acute Myeloid Leukemia (AML), ada 8 subtypes atau tahap, dari M0-M7. Mine is AML subtype M4.
  • Prognosis - Jangkaan (prediction) atau kemungkinan akibat yang akan berlaku dari sesuatu penyakit. Kalau bahasa mudahnya yang orang biasa-biasa macam aku selalu guna: Berapa lama lagi boleh hidup.
  • Remission - ada 3 cara untuk describe peringkat penyakit AML: Untreated (for newly diagnosed, doktor baru nak figure out rawatan yang sesuai), Remission (dah dirawat dan sel-sel kanser berjaya dikalahkan oleh Ultraman Mebius), Recurrent (kanser berulang selepas dirawat, macam kes aku la, kena capai remission semula). 
P/S: Masih lagi berkira-kira nak teruskan blog ni ke tak..rasa macam dah makin 'berani' dan terbuka bercerita tentang rahsia hati. This is so not me...

Demi Datuk Sharifah Aini..

Ini cerita Mama. Sekarang ni Mama dah ada kat Hotel Seri Pacific, bersama penyanyi kegemarannya, Datuk Sharifah Aini yang akan buat persembahan jam 8.00 malam nanti. Selasa lepas dengan muka confidentnya Mama beritahu kawannya dah confirm booking meja untuk 'Makan Malam Amal Simfoni Kasih bersama Datuk Sharifah Aini'. Diorang ambik meja Platinum, yang paling mahal, meja depan sekali. Harganya? 1 meja RM5,000. Maknanya sorang kena bayar RM500 la. Terangkat jugalah kening aku ni bila dengar harganya. Tapi sebab Mama dah excited sangat nak pergi, aku turutkan juga mahunya. 

Siapa kata duit tak boleh beli kebahagiaan? Kadang-kadang boleh. Memang kalau ikut logik akal, tak berbaloi habis RM500 untuk benda-benda macam ni, walaupun atas nama konsert amal (aku tak berapa setuju dengan idea 'konsert amal' ni sejak dulu lagi). Tapi apa sangatlah nilai RM500 kalau itu boleh membahagiakan Mama. Maka akhirnya tertunailah hasrat Mama malam ni. Adik-adik 2-3 hari ni sibuk shopping baju dan aksesori Mama dari tudung sampailah ke kasut. Semuanya merah-hitam (hmm..merah, bukan warna kegemaran aku). Melaram habis..silap-silap Sharifah Aini pun kalah hehe..

Mama bagitau tadi hari ni juga birthday Sharifah Aini. Happy birthday, Datuk. Make my mom happy tonight, ok.. Have fun, Mama. Balik nanti mesti dia berlagu riang. Esok pagi mesti pula bercerita panjang.

P/S: Banyak mana yang kita tahu akan hati seorang ibu, kan..