Pages

Subscribe:

Labels

Wednesday, 27 July 2011

Puasa Untuk Orang Sepertiku

 
 Terjemahannya:

Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.
Surah al-Baqarah, ayat 184

  1. Orang sakit sekiranya dia berpuasa juga akan menambahkan kesakitannya, atau melambatkan sembuh penyakitnya, boleh meninggalkan puasanya, tapi wajib qada' apabila dia sihat.
  2. Orang yang lemah kerana penyakit yang tiada harapan untuk sembuh diharuskan berbuka atau tidak berpuasa langsung. Bagi hari-hari yang ditinggalkan tu, tidak wajib qada', tapi wajib bayar fidyah.   
Penggunaan ubat dan alat-alat perubatan ketika berpuasa:
Bagi pesakit yang menggunakan ubat dan alat-alat perubatan ke atas anggota badan yang berongga seperti mulut, lubang hidung, telinga, dubur (Suppository) dan faraj (Pessary) huraian masalah berkaitan adalah seperti berikut :
Perkara-perkara yang berkaitan dengan rawatan perubatan yang tidak membatalkan puasa ialah: 
  1. Menggunakan ubat titis mata, titis telinga dan cucian telinga (dengan syarat tidak sampai batas gegendang telinga);  
  2. Pil tablet nitroglycerin (GTN) atau ubat yang menyamainya yang diambil secara meletakkannya di bawah lidah tanpa ditelan bagi merawat kesakitan dada (angina pectoris) bagi pesakit jantung;
  3. Melakukan prosedur tampalan gigi, cabutan, pembersihan gigi atau memberus gigi dengan syarat individu yang berpuasa tidak menelan apa-apa bahan semasa prosedur rawatan tersebut;
  4. Semua bentuk suntikan sama ada melalui lapisan kulit, otot, sendi, atau salur darah;
  5. Pendermaan atau pemindahan darah;
  6. Penggunaan ubat-ubatan dalam bentuk sapuan, balutan dan plaster pada permukaan kulit;
  7. Pengambilan sampel darah untuk ujian makmal;
  8. Memasukkan tiub kecil (catheter) melalui salur darah untuk tujuan pemeriksaan seperti prosedur angiogram untuk pemeriksaan jantung;
  9. Pemeriksaan laparoscop, iaitu pemeriksaan dalaman dengan menggunakan alat yang dimasukkan melalui dinding abdomen untuk pemeriksaan bahagian dalaman pesakit;
  10. Berkumur-kumur termasuk berkumur-kumur secara gargle (sehingga air hampir ke tekak), dan ubat teraputik semburan ke mulut yang tidak melibatkan proses menelan;
  11. Menjalani biopsy iaitu pengambilan spesimen atau cebisan yang diambil daripada hati atau organ–organ lain untuk tujuan analisa makmal;
  12. Penggunaan ubat semburan (spray) hidung tanpa disedut;
  13. Rawatan dialisis untuk masalah pesakit buah pinggang sama ada hemodialisis atau peritonealdialisis;
  14. Menjalani rawatan bius setempat atau separuh (local) dengan semburan atau suntikan setempat; dan
  15. Penggunaan ubat buasir dengan memasukkan semula kawasan buasir pada tempatnya tanpa melibatkan kawasan rongga yang dalam.
Perkara-perkara berkaitan dengan rawatan perubatan yang membatalkan puasa:
  1. Penggunaan alat sedutan (inhaler) untuk rawatan lelah (athma) atau penyakit paru-paru kronik;
  2. Memasukkan sebarang tiub kecil (pessary) atau ubat ke dalam faraj (vaginal suppository) termasuk prosedur cucian (wash), pemeriksaan dalaman vaginal (vaginoscope), atau pegawai perubatan memasukkan jari untuk melakukan pemeriksaan dalaman vagina wanita;
  3. Memasukkan sebarang tiub catheter, alat pemeriksaan dalam saluran kencing (urethroscope), barium atau ubat pencuci yang dimasukkan sama ada ke dalam saluran kencing bagi lelaki atau wanita (contohnya memasukkan ‘urinary catheter’ untuk rawatan sumbatan salur kencing);
  4. Penggunaan alat seperti enema, tiub suppository, teropong protoscope atau jari pegawai perubatan yang dimasukkan ke dalam dubur atau rectum untuk pemeriksaan;
  5. Penggunaan teropong usus (endoscope) atau teropong perut (gasteroscope) untuk tujuan pemeriksaan sistem penghadaman; dan
  6. Penggunaan bius menyeluruh yang melibatkan penggunaan gas.
Sumber: Buku Panduan Puasa Bagi Pesakit oleh JAKIM


Pengubahsuaian waktu pengambilan ubat ketika berpuasa:
Sila rujuk doktor dahulu untuk menentukan kesesuaian dan keperluan kita (berbeza mengikut penyakit dan pesakit):


Jika Arahan Mengambil Ubat…..
Anda boleh
Sekali sehari sebelum atau selepas makan
Ambil sebelum atau selepas bersahur

Kalau ingin mengambilnya semasa berbuka:
Jika arahan sebelum makan, berbuka dahulu dengan air dan buah tamar dan ambil ubat. Ambil makanan utama selepas 20 hingga 30 minit kemudian.

Jika arahan selepas makan, ambil ubat selepas berbuka. Adalah digalakkan untuk berbuka dengan air dan buah kurma, rehat atau solat maghrib dahulu, baru makan makanan utama dan ambil ubat 20 hingga 30 minit kemudian.

Amalkan masa yang sama setiap hari  semasa mengambil ubat dalam bulan Ramadhan.

Dua kali sehari selepas makan

Ambil ubat sekali  semasa  bersahur dan  sekali sehari selepas berbuka.

Dua kali sehari sebelum makan

Ambil ubat sebelum sahur dan berbuka dahulu dengan air dan buah kurma dan ambil ubat. Selepas itu, baru makan makanan utama. (Makan ubat sebelum mengambil makanan utama dalam selang masa
satu- setengah jam).

Tiga kali sehari selepas makan 
Ambil ubat selepas berbuka, sebelum tidur sekitar pukul 12  tengah malam dengan minuman dan selepas bersahur.

Tiga kali sehari sebelum makan

Sama seperti di atas tetapi sebelum makan
Setiap lapan jam

Kalau tiada pilihan dan penyakit anda tenat atau tidak stabil, patuhilah arahan doktor anda


0 comments:

Post a Comment