Aku sangat suka baca buku. Books are my silent conversation. Tapi genre buku yang aku paling tak suka ialah novel dan fiksyen. Aku tak pernah baca novel sampai habis, not a single book. I've tried for so many times, but I couldn't find my passion there. Tunjuklah best-selling novel pun depan mata aku, selera nak membacanya tetap tak ada. Kenapa ntah..tapi aku suka je tengok movies yang diangkat dari novel dan buku-buku fiksyen - LOTR, Harry Potter, A Walk To Remember, Laskar Pelangi, Ketika Cinta Bertasbih, etc.
Buku yang aku suka biasanya tentang biografi, sejarah, politik dunia, isu-isu semasa. Sebab tu ada dua rak buku kat rumah ni, satu khas untuk buku-buku aku, yang adik-adik dan orang lain takkan sentuh dan teruja pun nak baca..boring kata diorang. Rak lagi satu yang paling laku sebab kat situ ada semua koleksi novel yang adik kumpul dan buku-buku 'menarik' yang lain. So, aku nak share antara buku yang aku suka baca dan dah baca berulang kali.
- The Art of War, Sun Tzu - Abah pengaruh aku untuk baca buku ni. Buku ni tentang taktik dan strategi perang China kuno, yang ditulis oleh seorang jeneral dan strategist masa pemerintahan Kerajaan Wu. Pernah dengar pasal 'Seven Military Classics'? Nak tau, kena baca la buku ni. Menariknya, walaupun ini tentang strategi perang, ramai taikun bisnes terkenal apply strategi ni dalam perniagaan diorang.
- The Clash of Civilizations, Samuel P. Huntington - Lepas baca buku ni aku semakin faham kenapa Barat sangat takut dengan peradaban Islam dan diorang sentiasa cuba menyekat atau menentang sebarang bentuk kebangkitan yang akan muncul dari peradaban kita ni.
- The Prophet, Kahlil Gibran - Abah bagi buku ni masa aku Tingkatan 4. Jatuh cinta dengan buku ni. Kahlil Gibran was a genius. 26 beautiful poetic essays. Nadhirah kata The Broken Wings pun best. Must read!
- Malaysia Dalam Peralihan (Ceritalah 1) & Menjajat Asia Tenggara (Ceritalah 2), Karim Raslan - bila baca buku ni, rasa macam mengembara sekali dengan beliau.
- Mengemudi Bahtera Perubahan Minda & Bicara Buat Pemimpin dan Rakyat, Mohd Asri Zainul Abidin - Bekas Mufti Perlis yang sangat aku hormati dan kagumi. Dulu tak pernah miss baca tulisan dia dalam Mingguan Malaysia. Hujah dia bernas, pemikiran dia segar. Aku tak faham kenapa orang mesti melenting dan tak senang duduk dengan pandangan beliau..kena batang hidung sendiri kot.
- Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir atau Kurang Zikir?, Pahrol Mohamad Juoi - penulis dakwah kegemaran aku selepas Dr. Asri. Susah sebenarnya nak 'mengIslamkan' orang Islam.
- Days That Changed the World, Hywel Williams - cerita secara detail tentang setiap peristiwa yang menjadikan dunia kita sebegini rupa hari ni. Salah satunya bagaimana peristiwa kewafatan Rasulullah s.a.w mencorakkan peradaban Islam hari ni.
- The Other Malaysia, Farish A. Noor - antara intelektual terkenal dan kontroversi kat Malaysia. Mengupas sejarah Malaysia dari sudut berbeza. Tentang Sultan Abu Bakar (Johor), Ibrahim Yaakob, Faridah Hanum, tentang politik dan polisi.
- What They Didn't Teach You About World War II, Mike Wright - inspiring stories about the heroes, the villains dan orang yang mengaku dirinya hero dalam perang. Aku obses sikit dengan sejarah Perang Dunia ni. Buku dia tentang Civil War dan American Revolution pun best.
- As I Was Passing dan As I Was Passing II, Adibah Amin - buku yang sangat santai. Kisah-kisah menarik dan lucu yang berlaku setiap hari, tentang orang biasa-biasa dan orang-orang yang dekat dengannya. She's rock!
- The Malay Dilemma, Mahathir Mohamed - rugi kalau orang Melayu tak baca buku ni. Buku Tun Dr. Mahathir yang terbaru, A Doctor in the House pun best. I have to admit, kerana beliaulah orang tahu mana letaknya negara kita dalam peta dunia.
As'salam minta izin download gambar baby tengah baca buku tu....
ReplyDelete