Semalam buat treatment macam biasa, stronger drugs with low doses. Sebelum tu buat MRI dan 3 lagi ujian lain-darah, genetik dan analisis mutasi. Syukurlah keputusan MRI clear, so far tak ada apa-apa abnormalities yang memungkinkan myeloblasts tu dah sampai ke otak. Tapi yang lain dalam masa seminggu ni baru tahu. Lepas infusion semalam, nurse bagi 1 alat, namanya pentamidine instrument. It is the easiest of my treatments. I get to do it once a month and all I have to do is breath. It is a preventive measure against pneumonia. Lambat jugalah habis semalam, bincang lama dengan doktor. At first he resisted giving me percentage options of my long-term survival as they vary depending on many factors. Tapi berpandukan subtype aku sekarang, akhirnya dia bagitau "5-year survival rate" aku tak lebih 60%. But my personal prognosis is quite good, however. If all the tests come up with positive results, I have a good chance of complete remission.
Banyak guna medical terms malam ni, I'll explain later. Jujurnya, risau jugalah nak menunggu keputusan minggu ni. Tapi bak kata Nadhirah, "Have faith. There is hope in it". Ya Allah, ringankanlah sedikit ujianMu ini untukku. Tenangkanlah dan tanamkan redha dalam diriku untuk menerima segala ketentuanMu. Waktu-waktu begini, aku sangat perlukan doa seorang ibu. Kalaulah dia tahu..not now, not yet. Tapi aku yakin, Mama sentiasa doakan yang baik-baik untuk anak-anaknya.
Hmm..badan masih rasa kesan sampingan rawatan semalam. Siang tadi 2 kali muntah kat sekolah. Ulcer kat tekak ni rasa dah kurang sikit, tapi masih seksa jugalah rasanya bila nak menelan benda, especially time makan ubat. Mujurlah doktor bekalkan liquid nutrients and supplements, kalau tak mahu kurus aku sebab tak lalu makan macam ni. He also gave me stronger pain relief to take when I'm in pain. Kenyang telan ubat jela nampaknya.. Hari ni solat duduk, sebab rasa pening lagi. Malam ni cuba tak ambik ubat tahan sakit, harapnya dapat la tidur malam ni dan tak susah pula nak bangun pagi esok. Sekarang badan dah mula rasa panas macam nak demam, kena tidur awal malam ni. Semoga hari esok lebih baik untukku, amin.
- MRI - nama penuh mesin ni Magnetic Resonance Imaging. Alat diagnostik terkini untuk periksa dan kenalpasti setiap bahagian tubuh kita. Mesin ni guna medan magnet dan gelombang frekuensi radio. Lebih selamat sebab tak guna X-ray dan bahan radioaktif.
- Myeloblasts - sel darah putih tak matang yang sangat banyak tapi tak ada gunanya yang dihasilkan oleh sum-sum tulang dan bermaharajalela dalam saluran darah pesakit leukemia.
- Pentamidine instrument - inhale treatment untuk mengelakkan pneumonia. Macam nebulizer untuk orang yang ada asma.
- Subtype - peringkat/tahap untuk leukemia yang menentukan sejauh mana penyakit tu berkembang. Kanser biasanya ada 4 tahap. Tapi untuk leukemia, lebih spesifik lagi Acute Myeloid Leukemia (AML), ada 8 subtypes atau tahap, dari M0-M7. Mine is AML subtype M4.
- Prognosis - Jangkaan (prediction) atau kemungkinan akibat yang akan berlaku dari sesuatu penyakit. Kalau bahasa mudahnya yang orang biasa-biasa macam aku selalu guna: Berapa lama lagi boleh hidup.
- Remission - ada 3 cara untuk describe peringkat penyakit AML: Untreated (for newly diagnosed, doktor baru nak figure out rawatan yang sesuai), Remission (dah dirawat dan sel-sel kanser berjaya dikalahkan oleh Ultraman Mebius), Recurrent (kanser berulang selepas dirawat, macam kes aku la, kena capai remission semula).
0 comments:
Post a Comment