Aku ada satu cerita mengenai almarhum Raja Abdul Aziz Al Saud, pengasas negara Arab Saudi dan menjadi Raja Arab Saudi pada tahun 1932. Baginda lahir pada 1876 dan mangkat pada 1953. Semua Raja Arab Saudi selepasnya adalah anak-anak baginda. Yang memerintah Arab Saudi sekarang ialah Raja Abdullah ibn Abdul Aziz Al Saud. Ceritanya begini:
Semasa baginda baru menjadi Raja, ada usaha untuk mengadakan stesen radio di Arab Saudi. Pada mulanya baginda tak setuju kerana pada anggapan baginda, radio adalah alat syaitan yang boleh merosakkan rakyat Arab Saudi.
Bagaimanapun pada suatu hari, pihak yang mahu mengadakan stesen radio tu telah membawa sebuah peti radio ke istana. Di hadapan baginda lalu dipancarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran melalui radio tersebut. Baginda yang kehairanan lalu bertanya dari mana datangnya suara orang mengaji tu.
Apabila ditunjukkan bahawa suara orang mengaji itu datang dari radio tersebut, baginda terus mengubah fikiran. Sejak tu perkhidmatan radio mula beroperasi di Arab Saudi sebagai alat komunikasi.
So, apa yang aku belajar dari cerita tadi? Betapa penemuan atau ciptaan baru sains kadang-kadang sukar diterima, malah ada yang anggap bidaah dan haram disebabkan kita meraguinya kerana kita tidak memahami kebaikan yang boleh dimanfaatkan daripada penggunaannya.
Radio hanyalah satu hasil kemajuan sains yang membolehkan kita berkomunikasi secara cepat dan meluas, termasuk berdakwah. Memanglah ia juga boleh digunakan untuk lain-lain tujuan yang tak baik. Tengok jelah apa jadi dengan kemajuan internet sekarang kan. Raja Abdul Aziz tu seorang yang warak, mungkin pada mulanya dia menolak radio kerana ragu-ragu. Sebab Islam mengajar kita supaya meninggalkan sesuatu yang diragui.
Tapi rupa-rupanya keraguan tu tak berasas kerana masa tu baginda belum mempunyai pengetahuan yang lengkap mengenai radio. Keraguan baginda lebih berasaskan sangkaan. Maknanya kita tak bolehlah tergesa-gesa menolak sesuatu penemuan atau ciptaan baru sains. Tengoklah akibat tidak menguasai sains, umat Islam hari ni cuma menjadi masyarakat pengguna. Betul, kan?
P/S: Pendapat Imam al-Ghazali, tidak semua bidaah tu dilarang, kecuali perbuatan tu jelas bertentangan dengan hukum agama.
Sunday, 10 July 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment