Berita kematian Ahli Parlimen Titiwangsa, Allahyarhamah Dr. Lo'lo' Mohd Ghazali kerana kanser malam tadi menjentik sikit perasaan aku. Teringat pepatah Cina; tak nampak keranda, tak menitis airmata. 4 bulan lepas, Allahyarham kak June yang selalu aku jumpa masa rawatan di Daycare Centre pun pergi dengan cara yang sama. Oleh kerana biasanya katil atau reclining chair kami bersebelahan, kami selalu berkongsi cerita. Setiap kali dengar berita kematian seseorang kerana kanser, hati mesti tersentuh. Bila pula giliran aku? To all cancer fighters and warriors out there, we always have two choices: give up or fight like hell. I chose to fight.
Aku pilih untuk melawan, dengan cara dan perancangan aku sendiri. Tapi aku redha, akhirnya nanti tiada siapa pun yang dapat melawan perancangan Allah. Hari ni aku putuskan untuk terima cadangan doktor. Baik buruknya nanti biarlah Allah yang tentukan. Kalau elok, sembuhlah. Kalau tidak, biarlah kembali dengan cara yang sempurna. Kita ni milik Tuhan, setiap nafas pun dipinjamkan Tuhan. Apalah hak aku untuk meminta lebih daripada yang sepatutnya aku terima.
Pakcik-pakcik aku masih tak setuju dengan jalan yang aku pilih ni. Berkeras mahukan aku berbulan-bulan di hospital dengan hasil rawatan yang lebih kurang sama je kalau aku teruskan dengan cara sekarang. I know they care. Tapi bukan tu kehendak aku. Kalau aku ada setahun dalam keadaan normal begini, dapat jalankan kewajipan aku pada Tuhan dan siapkan keperluan dunia akhirat macam orang lain, kenapa mesti aku pilih hidup setahun dalam keadaan terbaring, macam barang pameran, orang datang silih-berganti, hanya untuk meneman dan tunjuk simpati?
Dalam forum-forum yang aku sertai, ramai yang berkongsi pilihan yang sama dengan aku. They are ok now, no regrets, live life to the fullest. I know this is hard, but it's worth trying. Sangat susah sebenarnya bila siang cuba hidup macam orang lain, tapi malam banyak ketikanya bergelut menahan sakit dan bangun pagi dalam kepayahan. Kadang-kadang bila nak pejamkan mata, mesti bimbang lenaku nanti tanpa terjaga. Anyway, fear can keep us all night long, but faith makes one fine pillow (Philip Gulley).
Kalau kita faham kita ini milik Tuhan, sewajarnya kita juga bersedia bila-bila masa pun kita boleh dijemputNya. Yang penting bukannya bila kita mati, tapi macam mana kita hidup. Kerana itu yang akan menentukan akhir nafas kita nanti..mudah-mudahan husnul khatimah, amin.
P/S: Sesungguhnya mati itu pasti, hidup ini yang insyaAllah (belum tentu).
0 comments:
Post a Comment