Jiwang gila tajuk post kali ni. Kerana seseorang, bertalu-talu dan bertubi-tubi aku kena 'brainwashed' 2-3 hari ni. Nampak sangat silapnya daripada aku bila semua orang berpihak padanya. Banyak sangat bermain dengan harapan, bercakap tentang peluang, bicara tentang bahagia..sampai aku jadi takut sekarang untuk berfikir tentang masa depan. 'Masa depan kita'...
Harapan aku sama macam orang lain. Nak bahagia, nak disayangi, nak memiliki. Tapi kadang-kadang keadaan kita membataskan semua impian. Mungkin bunyinya ni macam terlalu pentingkan diri sendiri, tapi aku kena fokus pada keadaan aku sekarang. Aku kena berusaha hidup, sebab kalau aku mati sekarang, hilang teruslah harapan aku untuk bersama seseorang tu.
Aku selalu berdoa sejak aku melepaskan seseorang, dia akan bertemu bahagia dan sesuatu yang lebih baik untuknya. Tapi kalau sampai ke saat ni dia masih yakin bahagia dia tetap dengan aku, maka hari ni aku meminta agar seseorang tu boleh menunggu untuk sedikit masa lagi. Sekurang-kurangnya sampai aku betul-betul pasti yang aku boleh sembuh. Dan aku sangat berharap dia juga dapat meyakinkan seseorang untuk merestui masa depan kami. Kalau cuma keadaan kesihatan aku yang menjadi penghalang, aku tak akan sekeras hati begini. Tapi ini juga melibatkan restu orang tua, dan aku tak nak teruskan semua ni tanpa restu darinya.
Buat sahabat yang akan ke Sabah esok (semoga selamat semuanya), aku akan beri diri aku peluang. Aku akan beri dia sikit harapan. Harap ni boleh jadi berita baik yang kau nak dari aku bila balik dari Sabah nanti. Sepatutnya sekarang kita bercakap tentang prospek kau kan, bukan pasal pilihan aku. Apa pun, terima kasih nasihat tu semua. Kalau aku sihat lepas ni, cerahlah masa depan. Tapi kalau keadaan tak mengizinkan, janganlah bangkitkan lagi soal ni. Aku tak nak tambah satu lagi wajah sedih yang harus aku pandang bila sampai masa aku nanti.
"Pada Tuhan kita sandarkan harapan.."
Minta maaf kalau cara yang digunakan agak kasar 2-3 hari ni.. tapi sejak dah ada prospek baru ni(hehehhee...), pandangan org mula berubah.... Org mula berfikir dan bercakap pasal peluang, harapan dan masa depan... tp ia semua adalah pandangan dan hak individu.. terpulang kepada cara masing2..tapi apa pun Sarang Hae Yo....:)..
ReplyDeleteSiapa prospek baruuuuu???? Nak tau. :P
ReplyDeleteTakpe, ALLAH tu Maha Adil kan. InsyaALLAH bahagia tu akan jadi milik akak jugak. cuma kita tak tahu dalam bentuk macam mana bahagia tu nanti kan? Mwahs.
Prospek baru tu pasal C'Ros la, Nad. Let's pray for her Mr. Right's mission. Thanks to both of you, for the courage and support. A friend loves at all times. Sarang hae..
ReplyDeleteBalik dari Sabah ni macam2 yang difikirkan.. tapi insya allah, bahagia tu memang akan jadi milik kita.. bak kata Nad, kita tak tahu bahagianya datang dalam bentuk yang camana...kannn... Sarang he too...
ReplyDeleteSetiap orang adalah pencipta kebahagiaannya sendiri..
ReplyDelete