My current medication:
- Cytarabine, i.e anti-metabolites (10min-2 hours infusion)
- Daunorubicin, i.e anti-tumour antibiotic (10min-1 hour infusion)
- Idarubicin, untuk bunuh sel-sel kanser (10mg)
- Vincristine injection- perlahankan tahap merebaknya sel-sel kanser
- Decadron-steroid untuk tahan sakit (10mg)
- Zoferan- untuk 2 hari pertama lepas chemo (10mg)
- Benadryl & Nystatin-pil dan ubat kumur untuk ulser mulut akibat chemo
- Magnesium citrate- untuk masalah sembelit akibat chemo
- Lomotil-for diarrhea
- Zantac- untuk ulcer di perut akibat chemo (150mg/1gelas air)
- Plus 3 more anti-sickness drugs if Decadron doesn't work
- Instant Nutritious Cereal Drink-Spirulina (for breakfast)
- Pati jus Acai Berry (20mg/2botol sehari)
- Pil susu kuda liar-Niemans Feramilch (4biji)
- Omega 3 fish oil (3biji)
Maafkan aku. Ikutkan hati, apa saja dan ke mana saja yang orang cadangkan untuk aku cuba, aku akan usahakan. Tapi doktor-doktor yang merawat aku menegaskan, I can try them after I have completed my chemo. Sebabnya, semua supplement dan multivitamin yang dicadangkan mengandungi dos antioxidant yang tinggi, yang walaupun berkesan melawan kanser dan melindungi sel-sel sihat, tapi dalam masa yang sama akan mengganggu keberkesanan rawatan yang sedang aku lalui sekarang. Itu jugalah nasihat doktor kepada Abah sewaktu Abah dalam rawatan chemo dan radioterapi dulu.
Makanan Sihat vs Makanan Tambahan
"Get vitamins in food, not capsules." Itu pesan dietitian aku.
"Eat whatever you want to eat, if it appeals to you and doesn't harm you." Itu pesan doktor yang merawat aku.
Masalahnya bagi orang seperti aku, selera makan yang hilang, perut yang semakin sensitif, ditambah dengan ulcer yang penuh di mulut sampai ke tekak menyebabkan sukar untuk menelan makanan dan tak boleh tersilap makan sikit. Bila difikirkan semula, ubat yang aku ambil setiap hari lebih banyak dari jumlah makanan yang masuk ke perut aku hari-hari. Kadang-kadang tekak teringin sangat nak makan sesuatu, tapi tak mampu menikmati sepenuhnya..Bosan!
Chemotherapy and a good diet
Sounds like a difficult combination for people like me. Bau makanan pun kadang-kadang dah cukup memualkan. Sebagai alternatif, inilah cadangan dietitian aku yang sempat aku catat dan ingat. Untuk aku cuba, supaya tak mati kelaparan..
- Cubalah makan, kerana makanan seimbang penting untuk kalori setiap hari. Kalau tak lalu juga, sekurang-kurangnya jangan miss supplement drink yang dibekalkan untuk setiap pagi.
- Ambil makanan berprotein sebab protein penting untuk rawat, repair dan kuatkan immune system. Kalau hilang selera atau tak boleh hadam makanan keras macam daging dan tak lalu pula makan ikan, cari sumber protein lain yang lembut macam cheese, milkshakes dan yogurt. Ice-cream pun boleh.
- Ambil sayur dan buah yang banyak untuk sumber vitamin. Tapi kena basuh bersih-bersih, buang kulitnya. Maka fridge aku di rumah sentiasa penuh dengan benda-benda tu sekarang.
- Don't lose out on liquids. Rawatan kanser, terutama ubat chemo yang panas menyebabkan dehydration (hilang air dalam badan). Ubat yang kuat tu juga menyebabkan buah pinggang terpaksa bekerja keras. So, banyakkan minum sports drinks (100 Plus, Gatorade) dan jus buah, selain air masak secukupnya. Tapi dalam waktu sekarang, air masak tu pun kadang-kadang rasa pelik kat tekak. So, dicadangkan untuk cuba sup.
- Take soft food only. Elakkan juga makanan pedas dan berempah yang akan mengganggu perut.
- Dan lain-lain..yang aku malas nak ingat dah. Banyak sangat cadangan, makannya tak juga.
Terima kasih kerana tak putus-putus memberi sokongan. Beberapa minggu kebelakangan ni mungkin aku sedikit 'down', sampai nampak seperti aku sudah berputus asa. InsyaAllah, sehari dua ni aku cari dan aku temukan semangat yang hilang tu. Jumpalah sikit, walaupun belum sepenuhnya. Mudah-mudahan Allah permudahkan..amin.
0 comments:
Post a Comment