Macam-macam hidup ni. Dalam sehari, Allah boleh menunjukkan kasih sayangNya dan juga menguji kita dalam pelbagai rupa dan cara. Kerana Dia Maha Berkuasa, menentukan sesuatu di luar perancangan kita. Semalam hari yang sangat meletihkan dan menyesakkan dada. Alhamdulillah, jamuan Hari Raya di sekolah berjalan dengan baik. Thank you for the big help, Ros. Kalau tak ada kau, macam kapal pecah la kelas aku jadinya. Syukur jugalah kesihatan mengizinkan. Thanks for the double dose, doc. Kalau tak, memang tak mampu nak buat apa-apa semalam. Terpaksa ambil risiko tinggi yang tak boleh diamalkan selalu.
Balik dari sekolah, ingatnya dapatlah lelapkan mata sekejap. Rupa-rupanya ujian Tuhan sedia menanti. Adik pulak jatuh motor kat Jalan Tun Razak. Mujur tak patah, tapi ngilu jugalah tengok lengannya yang dah bengkak dan luka teruk tu. Terkejut jangan cakaplah, kering kejap rasanya darah ni tengok dia balik dalam keadaan begitu. Marah bukan sebab dia jatuh. Itu dah memang ditakdirkan. Kadang-kadang bila kita berhati-hati pun, kemalangan juga. Syukur dapat elak malang yang lebih besar.
Yang aku paling takut bila tengok Mama terduduk menangis semahu-mahunya. Confirm darah dia naik tinggi. Tapi alhamdulillah dia makin ok bila geng surau dia datang melawat. Penat la kami nak repeat cerita setiap kali orang yang datang bertanya kronologi peristiwa. Apa pun, terima kasih atas keprihatinan dan doa semua. Lalu sepanjang malam tadi aku berfikir, macam mana la pula keadaan Mama kalau diberitahu keadaan aku nanti. Takut bila membayangkan bagaimana reaksinya. Aku harap Mama cukup kuat bila sampai waktunya untuk dia tahu keadaan sebenar aku.
Hari ni pula, aku dapat tunaikan satu lagi janji. Hadiah konvo untuk Ros. Terkilan sikit sebab tak sama macam yang dia nak. Semoga 'Miss Sara' hidup bahagia dengan tuan barunya. Seronok tengok orang belajar dan habis belajar. Alangkah bagusnya kalau aku dapat lalui pengalaman serupa sekali lagi. Wahai diri, cepatlah sembuh, kerana pencinta ilmu ini sangat ingin belajar lagi. InsyaAllah, 'man jadda wajada'...
Esok, persediaan untuk agenda hujung minggu ni akan bermula. Harap semuanya berjalan lancar. Mudah-mudahan Allah beri aku kekuatan dan kesihatan untuk menunaikan hajat Mama ini. Ringankanlah sedikit ujianMu untukku, ya Allah. Berilah sedikit ruang-ruang bahagia dalam menghadapi ujianMu. Amin..
Friday, 23 September 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment